AdSense

Thursday, May 28, 2015

#ThanksMalaysia - Tempatkan pelarian #Rohingya di kem #PLKN


Dua buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri Kedah dijadikan sebagai lokasi penempatan sementara pelarian Rohingya.

Kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dua kem yang dimaksudkan adalah Kem PLKN Rimba Taqwa di Sik dan Kem PLKN Rekreasi Belia di Baling.

"Bagaimanapun keputusan untuk menempatkan mereka di Kem PLKN akan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra,"

Kira-kira 800 pelarian akan berlindung di kem tersebut sebagai langkah keprihatinan kerajaan untuk jangka masa pendek. #TerimaKasih #Malaysia

Wednesday, May 27, 2015

Cara MP Kota Tinggi dekati masyarakat akar umbi


222 orang, jumlah anggota Dewan Rakyat - Ahli Parlimen Malaysia.

Setelah bergelar wakil rakyat, bagaimana kita berpeluang menikmati manfaat daripada orang yang kita pilih, pada pilihanraya.

#RakyatTanya : bila pemimpin pakatan nak bayar saman???


Bukan main lagi puak pembangkang ni... Ni pasal saman trafik Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kembang hidung DAP Segambut Lim Lip Eng apabila kononnya dapat mendedahkan kesalahan Presiden MCA.

Untuk makluman pembaca, Tiong Lai sudahpun menyelesaikan saman yang dikatakan itu pada hari semalam.

Dugaan banjir - Untung FGV suku pertama jatuh


Banjir teruk yang melanda negara pada tahun 2014 - 2015 telah memberi kesan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Angka pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2015 menunjukkan kejatuhan 80.9 peratus kepada RM51.17 juta berbanding tempoh sama tahun 2014 iaitu RM268.01 juta.

Sementara pendapatannya turut merosot kepada RM2.96 bilion berbanding RM3.73 bilion sebelum ini.

Tuesday, May 26, 2015

Pengangkutan awam : Kesungguhan Malaysia


Kalau anda masih 'tercari-cari' makna Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan...

Selain dasar transformasi nasional, Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini... antara lain, inilah maksud - 'kerja untuk rakyat'.

RMK11 angkat industri pengangkutan awam lebih hebat #SPAD


Pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini turut menyentuh soal pengangkutan awam negara.

Satu usaha yang menunjukkan betapa pentingnya pembangunan prasarana pengangkutan awam di mata kerajaan.

Penghapusan etnik Rohingya, Myanmar yang zalim...


Hak Asasi Manusia (HRW) mengkritik keras undang-undang baharu yang ditandatangani Presiden Myanmar Thein Sein. Undang-undang yang jelas menyasarkan golongan minoriti Muslim Rohingya di negara tersebut.
Undang-undang berkenaan telah ditandatangani pada 19 Mei lalu sekalipun berada dalam ketegangan krisis dan melibatkan ribuan orang Islam Rohingya.

Nak hadiah tak? Jom sertai pertandingan menarik ini!!! #FeldaTravel


Buat rakan-rakan yang suka mengambil gambar - Wefie

Eloklah sertai pertandingan anjuran Felda Travel ini.

Monday, May 25, 2015

#KLIA2 : Tiong Lai jawab, Tony Pua tergamam!


Kalau sudah namanya pembangkang... asyik hendak membangkang saja...

Pemimpin #DAP, Tony Pua menuduh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai seolah-olah tidak memandang berat soal peningkatan mendadak kos asal pembinaan terminal #KLIA2.

Cegah Maut Jalanraya - #SPAD bersama 2 agensi lain turun padang!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pasukan Polis dan PUSPAKOM mengadakan operasi di jalan maut menghala ke Genting Highlands.

Jalan yang pernah meragut banyak nyawa, termasuk melibatkan pengangkutan awam seperti bas.

Bagi mengelakkan kejadian buruk itu berulang, SPAD dan 2 agensi ini berjaya mengenalpasti pelbagai kesalahan termasuk permit luput dan dokumentasi.

Friday, May 22, 2015

Dua kem #PLKN dikenalpasti untuk pelarian #Rohingya


Dua buah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dikenalpasti untuk dijadikan sebagai tempat sementara pelarian Rohingya.

Dalam masa sama kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Twitter, lokasi yang lebih sesuai juga sedang dikenalpasti.

Syukur, RMK11 langkah progresif kerajaan - MCA


RMK11 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendapat pelbagai respon positif.

Alhamdulillah, satu langkah ke depan yang membuktikan kerajaan komited membangun serta merancakkan lagi ekonomi negara, bukan seperti pihak pembangkang yang hanya tahu bermain politik sepanjang masa.

Thursday, May 21, 2015

Kerajaan komited bangunkan ekonomi Melayu


Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) menggariskan lima strategi bagi memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB) dalam meningkatkan pemilikan kekayaan, termasuk memperkasa modal insan dan memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri berkata bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh Bumiputera, usaha yang lebih kreatif dan inovatif akan dilaksanakan.

Untuk strategi pertama bagi memperkasa modal insan Bumiputera, latihan kemahiran tinggi dan program profesional bertauliah seperti Program Peneraju Skil di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, akan diperluas.

Wednesday, May 20, 2015

Kerjasama FGV - ECN : Mewujudkan produk biomas lebih mapan dan menguntungkan!!!


#FELDA sentiasa bekerja keras dan memerah otak termasuk merebut peluang-peluang bagi mendapatkan keuntungan sekaligus berupaya memberi manfaat kepada rakyat terutamanya masyarakat FELDA itu sendiri.

Berbeza dengan kegiatan pembangkang, yang hanya tahu menyuntik politik kebencian selain bangkang, fitnah, bangkang dan fitnah. Tanpa memberi faedah kepada masyarakat.

Menteri Pengangkutan 'checkmate' fitnah KLIA2


Kalau sudah namanya pembangkang, semua benda mereka hendak bangkang.

Penyebaran fitnah berkaitan kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) yang dituduh mengakibatkan pembaziran di atas kelemahan pihak pengurusan dan kerajaan kini terjawab!

Monday, May 18, 2015

SPAD minta orang ramai lapor jika tiket bas luarbiasa mahal


Sebelum ini pengusaha bas ekspress ada menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mencadangkan agar harga tambang bagi perkhidmatan mereka dikajisemula.

Namun ia masih dalam penelitian pelbagai pihak... banyak faktor perlu dipertimbangkan sebaik mungkin.

Sunday, May 17, 2015

Siapa lagi berani fitnah FELDA???


Tidak cukup dengan siri jelajah ceramah dan penjajaan akhbar politik...

Penyebaran fitnah juga digerakkan menerusi kepesatan media sosial... mengundang persepsi buruk kepada sesebuah organisasi. Sekali 'tekan', fitnah tersebar serata dunia, setiap pelusuk.

Bagi FELDA, mereka tidak memandang remeh soal penyebaran fitnah yang dilemparkan kepada organisasi ini.

Najib cekal berdepan ujian



Cukup tersentuh apabila mendengar ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang semalam.

Dalam satu majlis 'Sepetang bersama Perdana Menteri' anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Politikus-politikus yang baru setahun jagung, baru lahir pada zaman ketaksuban media sosial ketika ini tak perlu cepat melatah dan beremosi.

Jom baca antara yang diucapkan oleh Najib yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang yang ke 12 dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini...

"Setiap PM ada ujian masing-masing.
Dulu-dulu pun ada ujian. Tun Mahathir (bekas PM) lagi banyak ujian beliau.

Kes parti UMNO diharamkan pada tahun 1987. Perlawanan antara 'team' A dengan 'team' B, ingat lagi tak?

Apa kata Dr Mahathir ketika itu, beliau kata, kalau menang 1 undi sekalipun dia tetap akan menjadi PM. Beliau menang tipis ketika itu (pemilihan UMNO). Ramai pimpinan UMNO, hampir 50 peratus menolak Dr Mahathir.

Namun beliau terus memimpin, tidak turun (letak jawatan).

Maknanya, saya juga mengamalkan prinsip yang sama. Kalau orang masih menyokong saya, kenapa perlu saya turun?



"Jika ikut perlembagaan UMNO dahulu, kalau nak cabar presiden parti mesti dapat minimum undi daripada 63 bahagian. Jadi, Dr Mahathir bolehlah kekal selama 22 tahun menjadi presiden parti dan perdana menteri bila guna perlembagaan macam itu.

Saya bagaimanapun nak UMNO lebih terbuka di mana kita biar, jika ada orang nak bertanding (untuk jawatan presiden parti) tetapi Alhamdulillah, saya menang tanpa bertanding dan saya tidak bergantung kepada kuota atau undi bonus,"

Sebelum pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 Bahagian UMNO.

SEKARANG, politikus-politikus terutamanya politikus media sosial yang baru lahir ini bolehlah jadikan fakta di atas sebagai rujukan di masa hadapan ya...

Saturday, May 16, 2015

Pengusaha bas ekspress sekali lagi rayu SPAD naikkan tambang


Dalam sehari, berapa kalikah anda menggunakan perkhidmatan bas ekspres?

Atau hanya menggunakan bas ekspres untuk pulang ke kampung... sebulan sekali atau setahun sekali...

Friday, May 15, 2015

Undi Cina meningkat di 2 PRK, ini faktornya...


Laporan terhadap sokongan pengundi Cina pada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh memperlihatkan kepada kita bahawa mereka sudah kembali kepada Barisan Nasional.

Sekalipun kenaikan ini berada pada paras sederhana, namun ia secara tidak langsung membuktikan bahawa para pengundi di dua kawasan ini tidak berminat dengan agenda politik Pakatan Rakyat.

Wednesday, May 13, 2015

'Upgrade' TEKS1M - Langkah proaktif SPAD



Alhamdulillah...

Keluhan rakyat mengenai kekurangan dan mutu perkhidmatan TEKS1M kini dapat ditangani apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil langkah proaktif dengan menaiktaraf pengangkutan awam dalam negara.

Setakat hari ini, hanya 1,000 buah TEKS1M sahaja yang beroperasi dengan menggunakan model Proton Exora.

Tuesday, May 12, 2015

Muka Mahathir, mulut Anwar



Sejak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah melakukan tabii kaum nabi Luth suatu ketika dahulu yakni meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dan pesalah ini dikenakan hukuman penjara lima tahun.... nyaman di penjara Sungai Buloh.

Posisi Anwar selaku suara pembangkang, membangkang apa jua dasar kerajaan.... asal ia bergelar kerajaan, maka ia akan dibangkang.

Kini tempatnya diganti pula dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun, Mahathir Mohamed.

Perang Tabuk - Taqwa VS munafik


Mengambil pengajaran daripada kisah yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W dalam Perang Tabuk. Kejadian yang berlaku pada bulan Rejab. Perang terakhir Rasulullah, berdepan dengan bala tentera Romawi yang cukup ramai.

Berlaku pada musim kemarau dan pada saat musim berbuah. Dugaan kepada kaum muslimin. Daripada ikut Rasulullah berperang, lebih baik berteduh di rumah dan menikmati buah-buahan yang ranum...

Wednesday, May 6, 2015

#PRKPermatangPauh - Mainan kotor amalan pakatan berjaya ditumbangkan



Nampak gayanya pakatan rakyat DAP dan PKR gagal untuk membangkitkan kemarahan rakyat apabila fitnah yang mereka lemparkan kepada parti komponen Barisan Nasional - MCA telah berjaya ditumbangkan.

Tertumbangnya papan tanda fitnah ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa puak-puak pakatan ini semakin terdesak menagih sokongan daripada rakyat di sana.



Ternyata benar, kehadiran MCA di Permatang Pauh bagi menyedarkan pengundi dikalangan masyarakat Cina meresahkan pakatan terutamanya DAP.

Tambahan pula keputusan pada PRK Rompin semalam memperlihatkan peningkatan undi dan sokongan daripada kaum Cina kepada BN.



Tsunami pengundi Cina yang berlaku pada PRU13 yang lalu kelihatan dapat dipulihkan sedikit demi sedikit sementara DAP yang kononnya lantang memperjuangkan nasib orang Cina kini ibarat cacing kepanasan. - Tidak mustahil DAP PKR akan mengolah semula versi fitnah 40k Bangla dalam masa terdekat.



Kerja keras MCA bersama parti komponen UMNO, MIC dan lain-lain yang berkempen pada PRK Rompin dan Permatang Pauh ini menampakkan semula sinar cerah buat BN untuk menerajui pemerintahan.

Kubu kuat keluarga seorang banduan bernama Anwar kini semakin longgar manakala gabungan 3 parti dalam pakatan terus berpecah belah, bergaduh bercakaran sesama sendiri tanpa bertemu noktah.

Esok merupakan hari pembuangan undi di Permatang Pauh. Para pengundi perlulah sedar bahawa pakatan keluarga Anwar selama ini tidak membawa apa apa manfaat kepada rakyat. Masih ramai rakyat Permatang Pauh tidak dibela sekalipun sudah sekian lama diperintah keluarga Anwar.



Mereka hanya tahu berpolitik, berceramah dan mengamalkan kebencian kaum. Mereka juga juara emosi, drama dan provokasi yang mencetuskan keganasan. Tidak hairanlah jentera BN tercedera akibat dipukul semasa berkempen. Semangat demokrasi yang mereka jeritkan di jalanan sebelum ini hanyalah sekadar gimik politik meraih perhatian. 



Oleh itu, buat para pengundi Permatang Pauh, berilah peluang kepada calon BN Suhaimi Sabudin untuk berkhidmat kepada anda. Calon muda dan berpendidikan ini mampu mengurustadbir Permatang Pauh dengan lebih baik. 

Apa yang penting, Suhaimi atau Mie ini tidak akan sesekali meninggalkan rakyat yang mengundinya. Beliau akan membela nasib rakyat Permatang Pauh dan tidak akan pergi kemana-mana termasuk ke Kajang, Selangor iaitu kawasan pemerintahan Wan Azizah yang juga calon PKR di Permatang Pauh - demi kuasa, Wan Azizah terpaksa meninggalkan rakyat Kajang yang memilihnya.

Kesedaran ini perlulah dizahirkan di atas kertas undi. Undilah calon Barisan Nasional.


Kempen '40k Bangla' kembali, versi baharu


Esok 7 Mei akan berlangsungnya hari pembuangan undi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Nampaknya jentera pakatan semakin terdesak menagih undi daripada rakyat. Mereka kelihatan semakin gelisah apatah lagi keputusan PRK Rompin semalam menyaksikan peningkatan undi termasuk daripada kaum Cina.

Apa lagi yang boleh dilakukan puak-puak DAP dan PKR ini selain menyuntik politik perkauman.

#PRKPermatangPauh - Ketua Wanita MCA pula diserang


Selain poster dirosak dan dikoyakkan, papan tanda fitnah turut dinaikkan pada hari-hari akhir berkempen di #PRKPermatangPauh

Budaya jahat dan kotor sebegini seringkali terjadi dalam tempoh berkempen.

Mesej #PRKRompin untuk #PRKPermatangPauh


Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi di parlimen Rompin apabila calonnya Datuk Hasan Ariffin memperoleh 23,796 undi manakala Nazri Ahmad (PAS) mendapat 14,901 undi.

Pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu, allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis mendapat 30,040 undi menewaskan Nuridah Mohd Salleh (PAS) apabila hanya memperoleh 14,926 undi.

Tuesday, May 5, 2015

Anwar, Wan Azizah dan parti keluarga : Hadi pernah berkata...


Tiada lagi maksud hormat menghormati di dalam parti pakatan. Mereka bebas menghina dan menfitnah sesama sendiri. DAP dan PKR dilihat cukup rancak membelasah PAS.

Tidak cukup dengan isu hudud, kini Presiden PAS dipergunakan dengan penyebaran poster kononnya beliau akan menghadiri program ceramah di Parlimen P44.

Lihatlah, demi meraih sokongan dan undi, mereka sanggup lakukan apa sahaja.

#PRKRompin - Jom keluar mengundi, tapi apa yang penting...


38 pusat mengundi, 115 saluran mula dibuka pada jam 8 pagi. Seramai 52,744 pemilih berdaftar pada Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin.

Jom tunaikan tanggungjawab kita sebagai warganegara. 

Monday, May 4, 2015

Jentera BN #PRKRompin bersemangat tingkatkan majoriti undi - Hishammuddin


Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) pada PRK Rompin Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta jentera parti agar terus bersemangat memastikan para pengundi keluar mengundi pada hari membuang undi esok.

Katanya, beliau sendiri turun padang dan melawat kesemua PDM bagi mengingatkan jentera agar terus bersemangat memastikan pertambahan undi kepada BN.

Sekalipun Parlimen Rompin P91 ini merupakan kubu kuat BN, namun jentera parti tidak boleh menjadikan ia dalam zon selesa. 

Dalam perkembangan sama, jentera BN akan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pengundi supaya mereka dapat keluar mengundi.

Pengundi juga tidak perlu untuk berasa simpati dengan jentera PAS yang berkempen sendirian. Tetapi pengundi perlu berfikir dengan melihat kepada perpecahan dalam Pakatan yang terbukti dengan jelas. Perpecahan ini sebenarnya telah wujud sekian lama. Mereka hanya lahir dengan berbeza agenda peribadi.

Buat para pengundi PRK Rompin, tekadkan undi anda untuk BN. Kerana BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat!

Selamat menunaikan tanggungjawab.



Sent from my iPhone

Sunday, May 3, 2015

MCA kerja keras sedarkan pengundi Cina #PRKPermatangPauh


Bukan senang mahu tewaskan 'gerakkerja' empayar keluarga Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Keluarga ini kelihatan begitu hebat dan gah sejak berpuluh tahun menguasai kerusi Permatang Pauh (P44).

Namun, agenda mempertahankan kerusi untuk keluarga seorang individu sejak sekian lama tanpa sebarang perubahan? Pasti mengecewakan rakyat di kawasan 'Anugerah Tuhan' ini.