AdSense

Tuesday, May 26, 2015

RMK11 angkat industri pengangkutan awam lebih hebat #SPAD


Pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini turut menyentuh soal pengangkutan awam negara.

Satu usaha yang menunjukkan betapa pentingnya pembangunan prasarana pengangkutan awam di mata kerajaan.


Pengumuman Najib ini kemudiannya disambut baik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menyifatkan ia sebagai tumpuan utama ke arah kemajuan perkhidmatan awam negara.


Selain melahirkan rasa berterima kasih dan berpuas hati, Pengerusinya Tan Sri Dr Syed Hamid Albar turut berpendapat #RMK11 sebagai langkah kerajaan bagi mempertingkatkan kualiti serta keselesaan buat para pengguna.

Bagi yang terlepas pandang, berikut merupakan antara hasrat kerajaan ke arah pembangunan perkhidmatan awam buat rakyat Malaysia.

Pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit  Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3.

Pembinaan High Speed Rail pula akan menjajari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, hingga ke Jurong East di Singapura.

Kemudahan ini bakal mempercepatkan perjalanan KL ke Singapura, pada hanya 90 minit. Setelah siapnya projek ini kelak, ia akan meningkatkan manfaat ekonomi antara kedua-dua buah negara yang paling pesat membangun di rantau ini.

Jelas Syed Hamid, dengan wujudnya prasarana ini maka negara bakal berubah wajah apabila memiliki sistem perhubungan yang bertambah baik, selesa dan sempurna. Dalam masa sama dapat menangani masalah kesesakan lalulintas.



In sha Allah, perancangan lima tahun RMK11 yang berlandaskan kepada asas kekukuhan ekonomi dan agenda transformasi negara ini berupaya meletakkan Malaysia di landasan yang tepat, menuju negara maju dan makmur.

No comments:

Post a Comment