AdSense

Tuesday, May 26, 2015

Pengangkutan awam : Kesungguhan Malaysia


Kalau anda masih 'tercari-cari' makna Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan...

Selain dasar transformasi nasional, Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini... antara lain, inilah maksud - 'kerja untuk rakyat'.


Dapat kita lihat bagaimana kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Najib dan Barisan Nasional (BN) yang berusaha keras memastikan negara berada pada landasan tepat, menuju negara maju dan makmur.

Ianya bukanlah semudah ketukan papan kekunci yang dilakukan oleh sebilangan besar rakan-rakan dikalangan parti pembangkang - sehebat gelaran 'keyboard warrior' yang hanya selesa mencemuh dan membangkang dari rumah / kedai kopi.

Dalam pembentangan RMK11, Najib ada menyentuh soal pengangkutan awam negara. Hasrat kerajaan untuk merangsang ekonomi negara dan dalam masa sama sudah tentu, membawa perubahan kepada landskap pengangkutan awam. - mempertingkatkan kualiti dan menambah keselesaan kepada rakyat.


Belum pun sempat bala tentera pembangkang menyusun serangan, Najib dan barisan gerak kerjanya sudah menjejakkan kakinya ke negara matahari terbit, Jepun. Sebuah negara yang kita sedia maklum, negara yang membangun maju dari sudut ekonominya.


Bukan sahaja ekonomi, malah infrastruktur dan prasarana pengangkutan awam di negara Jepun yang 'serba laju' itu juga menjadi bualan masyarakat dunia.

Lantas itu, Najib bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai  mengambil kesempatan terhadap lawatan kerja dengan menggunakan teknologi keluaran negara mereka.

Hadir sama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Duta Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.

Shinkansen - satu jenama keretapi laju paling terkenal di Jepun. Kuasa memecut mencapai kelajuan 320km sejam.


Dengan menaiki keretapi teknologi baharu ini, Najib dan Tiong Lai hanya mengambil masa 96 minit bagi perjalanan sepanjang 325km. Kalau ikut jalanraya, ia memerlukan masa lebih daripada 4 jam!

Perkhidmatan Shinkansen ini diperkenalkan pada tahun 1964 dan ia meliputi 2,400 kilometer serta merentasi keseluruhan negara Jepun.

Apa pula kaitannya kehebatan ini dengan negara kita?

Maka di sinilah kita selaku rakyat Malaysia perlu melihat dengan kaca mata sendiri dan tidak terpedaya dengan budaya politik kebencian amalan pembangkang.

Selak kembali apa yang dibentangkan Najib dalam RMK11 baru-baru ini - tajuk berkaitan pengangkutan awam.

Ya, antara lain ialah, pembinaan High Speed Rail yang akan menjajari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, hingga ke Jurong East di Singapura.

Kemudahan ini bakal mempercepatkan perjalanan KL ke Singapura, pada hanya 90 minit (lebih 3 jam jika menggunakan jalanraya). Setelah siapnya projek ini kelak, ia akan meningkatkan manfaat ekonomi antara kedua-dua buah negara yang paling pesat membangun di rantau ini.

Inilah dia kerja untuk rakyat, untuk negara. Dan sama-samalah kita nantikan kemunculan tohmahan dan kenyataan perlekeh serta persepsi jijik daripada mulut pemimpin pembangkang yang akan memberi peluru lama kepada bala tentera papan kekunci mereka untuk menyerang kerajaan. Mereka bangkang, kerana kerja mereka hanyalah untuk membangkang.

No comments:

Post a Comment