AdSense

Wednesday, May 6, 2015

Mesej #PRKRompin untuk #PRKPermatangPauh


Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi di parlimen Rompin apabila calonnya Datuk Hasan Ariffin memperoleh 23,796 undi manakala Nazri Ahmad (PAS) mendapat 14,901 undi.

Pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu, allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis mendapat 30,040 undi menewaskan Nuridah Mohd Salleh (PAS) apabila hanya memperoleh 14,926 undi.


Majoriti
PRU13 - 15,114
PRK - 8,895

Undi rosak
PRU13 - 883
PRK - 591

Peratusan keluar mengundi 
PRU13 - 85.89%
PRK - 74%

Apa yang kita boleh simpulkan berdasarkan pada angka di atas ialah, peratus keluar mengundi yang perlu diberi penekanan tegas.

Ada yang berpendapat penyokong atau penyokong BN sendiri yang menyebabkan peratus keluar mengundi. Namun yang demikian, kemenangan BN pada PRK Rompin ini perlu dijadikan sandaran buat jentera dan pengundi di Permatang Pauh supaya meningkatkan peratusan keluar mengundi di sana.

Pengundi dan penyokong BN tidak perlu takut untuk keluar mengundi pada 7 Mei ini. Tunaikan tanggungjawab kalian sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan amalan demokrasi. Tak perlu takut. Pulanglah ke kampung halaman untuk membuang undi. Kerana 1 undi itu memberikan manfaat kepada rakyat Permatang Pauh.

BN berpeluang merampas semula kerusi yang dikuasai keluarga banduan di Permatang Pauh, insyallah.

*Dengar khabar sudah banyak poster BN dirosakkan, dikoyak dan ada juga papan tanda fitnah dinaikkan di Permatang Pauh? Nampaknya jentera Pakatan semakin resah dengan sokongan rakyat Permatang Pauh kepada BN.




Mereka semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja.


No comments:

Post a Comment