AdSense

Tuesday, April 23, 2024

Kuatkan DAP agenda utama UMNO bawah Zahid? Kenapa tak nak kuatkan BN?

Ini parti yang memang tak boleh ngam sebab kewujudannya hanya untuk mengkuburkan parti lawan.

DAP nak tanam MCA
Bersatu nak tanam UMNO
Amanah nak tanam PAS

Cuma sekarang MCA di blok kerajaan, walaupun mereka tak berada dalam Kabinet (tiada jawatan menteri / timbalan menteri). Dalam blok kerajaan ada DAP.

Berbeza dengan UMNO (kerajaan, ada jawatan dalam Kabinet) vs Bersatu (pembangkang) dan PAS (pembangkang) vs Amanah (kerajaan, ada jawatan dalam Kabinet).

Kau rasa, DAP yang tengah berkuasa sekarang nak usap belai MCA ke?

Kau rasa DAP lupa tujuan penubuhan parti DAP yang mahu ganti MCA?

Kau rasa kenyataan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang minta MCA keluar BN itu kenyataan main-main ke?

Cuba letak diri kau di tempat MCA. DAP konsisten kutuk hina kau, lepastu dia arah kau jilat dia. Apa kau nak jadi dayus?

Bayangkan pemimpin tertinggi Bersatu Muhyiddin kata;

"Saya bukan tak suka BN tapi hanya tak suka UMNO"

"UMNO tak buat apa-apa pun untuk rakyat terutama orang Melayu"

Kemudian Bersatu arah UMNO untuk turun berkempen menangkan calon Bersatu.

Kau rasa?

No comments:

Post a Comment