Pertama sekali penulis nak ucapkan tahniah kepada pengundi yang mengundi PHDAP dalam pilihan raya, sehingga membolehkan PHDAP berjaya menjadi kerajaan setelah bergelar pembangkang selama lebih 6 dekad.
Hampir 6 tahun sejak BN tumbang pada PRU14 tahun 2018, pengundi PHDAP pasti mengharapkan negara bersih dari rasuah, kronisme dan sebagainya. Dengan alasan 'Selamatkan Malaysia' dan Malaysia Baru, kini negara yang kita cintai ini bukanlah bertambah baik tetapi semakin rosak.
Perlu ingat, pemimpin PHDAP langsung tidak salah. Mereka berhak buat apa sahaja dan betul, "Ini kerajaan kami jadi ikut suka hati kamilah nak buat apa."
Pemimpin PHDAP bijak ketika berkempen dan meraih undi, mereka tidak peduli apa cara sekalipun, asalkan mereka berjaya dapat undi. Persoalan kini pengundi kena tanya diri sendiri. Adakah pengundi PHDAP rasa ditipu? Dikencing? Dan redha, pasrah diperdaya oleh pemimpin PHDAP?
Adakah kehidupan pengundi PHDAP hari ini semakin baik? Adakah harga barang sudah turun setelah cukai GST6% berjaya dihapuskan dan diganti dengan cukai SST8%, cukai digital, cukai barangan bernilai rendah LVGT dan banyak lagi cukai baharu diperkenalkan regim PHDAP?
Adakah formula hapus hutang PTPTN, hapus tol berjaya dilaksanakan dan rakyat Malaysia dapat menikmati harga kereta murah? Minyak petrol sudah turun?
Bagaimana pula dengan kehidupan pemimpin PHDAP dan kroni mereka? Adakah mereka semakin kaya?
Ingat, jangan salahkan pemimpin PHDAP. Mereka tidak salah. Bak kata mantan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, "if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool."
Malaysia lebih baik bawah regim PHDAP?
No comments:
Post a Comment