1. Ini gambar terkini tanah perkuburan Islam baharu di Kampung Sungai Kertas, Mukim Batu, Selangor, 27 Ogos 2026.
2. Berkonsepkan Kubur Dalam Taman atau Raudhatul Sakinah, ia menyasarkan penyediaan sebanyak 6,623 lot kubur, merangkumi 5,653 lot dewasa dan 868 lot kanak-kanak.
3. Mampu menampung keperluan jangka panjang penduduk di Gombak dan kawasan sekitarnya.
4. Fasa satu yang melibatkan 812 lot, hampir selesai dengan jangkaan siap pada Oktober ini.
5. Alhamdulillah.
6. Tiba-tiba terfikir... Bukan pertikai soal fardhu kifayah. Tapi ini selepas baca laporan berita mengenai "klinik kesihatan awam didominasi etnik Rohingya" siaran akhbar Kosmo! Online bertarikh 24 Ogos 2026.
https://www.kosmo.com.my/2026/08/24/sedih-tengok-klinik-kesihatan-didominasi-etnik-rohingya/
7. Menurut data UNHCR setakat akhir Februari 2026, kat Malaysia ni terdapat kira-kira 215,600 pelarian dan pemohon suaka berdaftar, termasuk 193,824 orang dari Myanmar, kira-kira 126,144 orang ialah etnik Rohingya. Angka ni dari UNHCR, terpulang nak percaya ke tak.
Malaysia tidak seharusnya menanggung beban pelarian sendirian - Pakar
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-tidak-seharusnya-menanggung-beban-pelarian-sendirian-pakar
8. Dengan angka ratusan ribu tu, tak termasuk PATI atau mereka yang tiada dalam rekod UNHCR (guna kad palsu), timbul persoalan, di mana jenazah mereka dikebumikan? Dibawa pulang ke negara masing-masing ke? Siapa simpan datanya? Ada rekod penghantaran pulang jenazah ke negara asal mereka?
9. Atau tiada siapa tahu melainkan komuniti mereka je? Adakah mereka uruskan sendiri, macam mereka buat ibadah qurban di Selayang? Jangan nanti esok lusa, bila kita korek tanah nak tanam pokok tepi rumah, atau ada projek pembangunan, terjumpa jenazah pelarian pula yang dikebumi di merata-rata.
Korban komuniti Rohingya cetus rasa kurang senang masyarakat tempatan
10. Jika dikebumikan di Malaysia, adakah tanah perkuburan sedia ada cukup untuk menampung jenazah kariah rakyat tempatan?
Siapa boleh jawab dengan fakta dan bukti lengkap?
No comments:
Post a Comment