AdSense

Monday, August 24, 2026

Isu PATI: Dari Jalan Silang Ke Selayang, Rakyat Mahu Bukti 'Live' Pengusiran, Bukan Sekadar Wayang!


Sejak kebelakangan ini, media sosial panas dengan pendedahan berani netizen mengenai kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 'puak hanyut'. Lihat sahaja di kawasan-kawasan panas seperti Jalan Silang (yang kini gah digelar 'Mini Dhaka'), Pasar Borong Selayang, mahupun di sekitar Jalan Petaling dan Bukit Bintang. Ya, tindakan mereka jelas menyalahi undang-undang, dan ya, kita nampak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL mula rajin turun padang melakukan serbuan selepas diviralkan. (Nak rakyat juga buat kerja ke? Rakyat tak dapat gaji pun. Patut PBT lah buat pemantauan, rondaan dan sentiasa berada dilapangan. Bukannya duduk tunggu aduan dalam pejabat berhawa dingin saja.)


Persoalan utama yang bermain di minda rakyat sekarang: Kenapa hari ini operasi di Selayang, esok lusa muka yang sama kembali pacak khemah berniaga seolah-olah tiada apa yang berlaku?


Kekecewaan Rakyat Terhadap Ketirisan Penguatkuasaan


Bila rakyat awam terpaksa bertindak sebagai penyiasat untuk mendedahkan lokasi sarang warga asing ini, ia membuktikan wujudnya kelompongan besar dalam sistem pemantauan kita. Isu penjajahan ekonomi di ibu kota ini bukan lagi hal remeh, ia melibatkan:


Kedaulatan undang-undang yang dipandang sepi oleh warga asing yang bebas buka kedai runcit, kedai gunting rambut, dan jual sayur tanpa lesen sah.


Hak peniaga tempatan yang tertindas dan terpaksa gulung tikar akibat monopoli haram di kawasan sendiri. Teringat kisah pakcik jual petai, dan dia berkata "Nak berniaga di negara sendiri pun tak boleh?". Iyalah, dia berniaga pakai motor, bukan khemah, sekejap saja berniaga, tetapi diusir PBT. Dengan warga negara Malaysia bukan main berani, siap tangan masuk poket lagi, sombong betul!



Krisis integriti apabila tangkapan di tapak panas gagal disusuli dengan tindakan pengusiran (deportasi) yang tuntas.


"Rasa seperti pendatang di negara sendiri. Tangkapan tanpa pengusiran kekal ibarat mencurah air ke daun keladi. Rakyat sudah muak melihat berita serbuan, tetapi wajah yang sama masih memonopoli kawasan sama keesokan harinya."


Perbualan didedah Awie MBR aka Abang Koroy


Tuntutan Netizen: Bukti 'Live' Sebagai Jaminan


Rakyat kini berada pada tahap krisis kepercayaan (trust deficit) yang sangat kritikal terhadap ketelusan pihak berkuasa. Jika kerajaan ingin membuktikan mereka benar-benar serius membersihkan negara ini daripada PATI dan bukan sekadar berlakon di hadapan kamera, Suara Lensa tampil dengan satu tuntutan radikal:


Siaran Langsung Berlepas (Departure):

Penstriman langsung (live) dari KLIA menunjukkan PATI ini benar-benar diiring dan disumbat naik ke dalam pesawat.


Pengesahan Ketibaan (Arrival):

Bukti rakaman mereka selamat tiba dan diserahkan kepada pihak berkuasa di negara asal masing-masing (seperti Bangladesh, Myanmar, atau Indonesia).


Bukti Pesawat Kosong:

Rakaman pesawat tersebut berlepas pulang ke Malaysia tanpa membawa kembali penumpang gelap yang sama.


Tuntutan ini mungkin kedengaran ekstrem bagi sesetengah pihak, namun ia adalah manifestasi jelas betapa nipisnya kesabaran rakyat. Kami tidak lagi termakan dengan angka statistik tangkapan di dada akhbar; kami mahukan bukti visual dan ketelusan yang mutlak!





Kerajaan Wajib Pandang Serius


Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia, dan semua PBT mesti duduk semeja untuk menutup segala 'lubang tikus' dan merombak proses pengusiran. Jangan salahkan rakyat jika mereka terpaksa meminta bukti yang luar kotak seperti siaran langsung pesawat.


Sudah tiba masanya kerajaan bertindak lebih kejam terhadap pendatang haram. Kedaulatan negara kita bukan bahan gadaian!


Jika perkara ini masih belum selesai, bak kata netizen Malaysia, tak perlulah tayang aset negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan nanti kalau dengan bot Puak Hanyut dan PATI pun boleh bolos.





SUARALENSA

24 OGOS 2026

No comments:

Post a Comment