AdSense

Friday, May 22, 2015

Syukur, RMK11 langkah progresif kerajaan - MCA


RMK11 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendapat pelbagai respon positif.

Alhamdulillah, satu langkah ke depan yang membuktikan kerajaan komited membangun serta merancakkan lagi ekonomi negara, bukan seperti pihak pembangkang yang hanya tahu bermain politik sepanjang masa.

Timbalan Presiden MCA Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong sempat melahirkan rasa berterima kasih beliau terhadap keprihatinan Perdana Menteri dalam pembentangan RMK11 semalam.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri, langkah yang progresif dan kehadapan #RMK11 untuk 5 tahun akan datang bagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi.

"Syukur, Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina yang diteruskan memberi manfaat kepada 607 Perkampungan Baru Cina untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka. Program ini telah mendapat penerimaan yang memberangsangkan sejak tahun 2011 hingga 2014 dan peningkatan respon yang positif," katanya.

Jom! sekarang adalah masa untuk kita membangunkan negara, hadapi arus ekonomi global yang semakin hebat!

Hari-hari main politik kebencian seperti pembangkang tidak memberi manfaat kepada rakyat!

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

No comments:

Post a Comment