AdSense

Friday, May 22, 2015

Dua kem #PLKN dikenalpasti untuk pelarian #Rohingya


Dua buah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dikenalpasti untuk dijadikan sebagai tempat sementara pelarian Rohingya.

Dalam masa sama kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Twitter, lokasi yang lebih sesuai juga sedang dikenalpasti.


Kementerian Pertahanan dengan pihak berkuasa Majlis Keselamatan Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan sama terus membantu.

Tambah Hishammuddin, perbincangan dalaman diadakan bagi mencari penyelesaian jangka pendek bertujuan menangani jumlah pelarian yang dijangka bertambah.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa pasukan tentera Malaysia akan dihantar ke laut di sekitar perairan negara iaitu lokasi terkandasnya pelarian Rohingya ini.

3 comments:

  1. Sepatutnya kem PLKN yang tepi pantai.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya kem PLKN yang tepi pantai.

    ReplyDelete
  3. Baik sungguh malaysia ni...kera dihutan disusui...berapa banyak harta rakyat nak dihabiskan..sepatutnya tanggungjawab diletakkan dibahu negara mana PATI tu berasal..Tak guna kedutaan mereka disini.

    ReplyDelete