AdSense

Tuesday, May 12, 2015

Perang Tabuk - Taqwa VS munafik


Mengambil pengajaran daripada kisah yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W dalam Perang Tabuk. Kejadian yang berlaku pada bulan Rejab. Perang terakhir Rasulullah, berdepan dengan bala tentera Romawi yang cukup ramai.

Berlaku pada musim kemarau dan pada saat musim berbuah. Dugaan kepada kaum muslimin. Daripada ikut Rasulullah berperang, lebih baik berteduh di rumah dan menikmati buah-buahan yang ranum...


Pelbagai alasan diberikan kepada Rasulullah, uzur dan sebagainya... enggan bersama-sama menyertai Perang Tabuk.

Ka'ab bin Malik, selalu mengikut Rasulullah berperang kecuali Perang Badar.

Beliau melengah-lengah dan menanguh-nangguh untuk menyertai Perang Tabuk, sehingga terus kekal berada di Madinah dan tidak menyertai perang tersebut. Selesa berteduh di rumah dan kebun buah-buahan.

Selepas pulang dari berperang, Rasulullah menemui penduduk Madinah. Ka'ab juga datang berjumpa baginda. Beliau menceritakan perihal sebenar, sebab-sebab tidak menyertai Perang Tabuk.

Penduduk kemudiannya meminggirkan Ka'ab dan sahabat-sahabat yang tidak menyertai Perang Tabuk. Mereka ini terjerumus di kalangan orang-orang munafik. Pengasingan dalam tempoh lama sehingga mereka insaf dan kembali ke pangkuan penduduk.

No comments:

Post a Comment