AdSense

Monday, May 18, 2015

SPAD minta orang ramai lapor jika tiket bas luarbiasa mahal


Sebelum ini pengusaha bas ekspress ada menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mencadangkan agar harga tambang bagi perkhidmatan mereka dikajisemula.

Namun ia masih dalam penelitian pelbagai pihak... banyak faktor perlu dipertimbangkan sebaik mungkin.




Tambahan pula musim perayaan menjelang tiba tidak lama lagi.

Sehubungan itu, pihak penguasa SPAD memandang serius berhubung soal kenaikan tambang bas ekspress pada ketika ini.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat bas ekspress yang bertindak sesuka hati mereka, menjual harga tiket dengan kadar yang mahal selain bersekongkol dengan 'ulat tiket'.

Mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kami sangat berharap penumpang dan pengguna yang mengalami keadaan ini akan melaporkan dengan segera kepada SPAD,” tegas Che Hasni.

No comments:

Post a Comment