AdSense

Tuesday, May 5, 2015

#PRKRompin - Jom keluar mengundi, tapi apa yang penting...


38 pusat mengundi, 115 saluran mula dibuka pada jam 8 pagi. Seramai 52,744 pemilih berdaftar pada Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin.

Jom tunaikan tanggungjawab kita sebagai warganegara. 


Apa yang lebih penting, segera menunjukkan jalan pulang kepada PAS. Katakan dengan jelas kepada parti tanpa arah tuju dan parti berpecah seperti PAS ini bahawa rakyat di Rompin tidak mudah terpedaya dengan hasutan dan politik kebencian serta dendam!

Baik isu FELDA yang seringkali diputar belit dan juga isu-isu berkaitan sistem percukaian baharu GST yang di ambil kesempatan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Celikkan mata dan minda, taburan auta dan politik menghasut yang dimainkan pembangkang tidak berupaya memacu negara ke tempat yang diharapkan. Apatah lagi gabungan dalam pakatan mereka terus berpecah saban hari. Hal parti sendiri pun mereka tidak mampu menguruskannya...

Majoriti 15,114 undi yang dimenangi oleh allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis sebelum ini mampu ditingkatkan, gunakan kuasa kalian sebagai pengundi, jom keluar mengundi dan undilah calon Barisan Nasional!





No comments:

Post a Comment