AdSense

Monday, May 4, 2015

Jentera BN #PRKRompin bersemangat tingkatkan majoriti undi - Hishammuddin


Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) pada PRK Rompin Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta jentera parti agar terus bersemangat memastikan para pengundi keluar mengundi pada hari membuang undi esok.

Katanya, beliau sendiri turun padang dan melawat kesemua PDM bagi mengingatkan jentera agar terus bersemangat memastikan pertambahan undi kepada BN.

Sekalipun Parlimen Rompin P91 ini merupakan kubu kuat BN, namun jentera parti tidak boleh menjadikan ia dalam zon selesa. 

Dalam perkembangan sama, jentera BN akan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pengundi supaya mereka dapat keluar mengundi.

Pengundi juga tidak perlu untuk berasa simpati dengan jentera PAS yang berkempen sendirian. Tetapi pengundi perlu berfikir dengan melihat kepada perpecahan dalam Pakatan yang terbukti dengan jelas. Perpecahan ini sebenarnya telah wujud sekian lama. Mereka hanya lahir dengan berbeza agenda peribadi.

Buat para pengundi PRK Rompin, tekadkan undi anda untuk BN. Kerana BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat!

Selamat menunaikan tanggungjawab.



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment