AdSense
Tuesday, April 26, 2016
Monday, April 25, 2016
#PRN11Sarawak : Pagi-pagi lagi dah menang 2 kerusi....
BN Sarawak memulakan langkah garangnya dalam Pilihan Raya Negeri kali ke 11 (PRN11) dengan kemenangan tanpa bertanding calonnya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Bukit Sari) dan Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota).
Kemenangan itu juga memberikan isyarat bahawa pemerintahan BN Sarawak yang diketuai Ketua Menterinya Tan Sri Adenan Satem sememangnya mendapat sokongan penuh pengundi tanpa berbelah bahagi.
Adenan atau dikenali masyarakat tempatan dengan nama 'Tok Nan' menyifatkan kemenangan di dua kerusi tersebut sebagai suntikan semangat awal buat calon-calon BN yang bertanding.
Dalam masa sama, calon PKR, Jazolkipli Numan pula berhajat mencabar Tok Nan bagi merebut kerusi N3 Tanjung Datu.
Semoga perjalanan kempen berjalan dengan baik serta lancar dan mudah-mudahan calon-calon BN memenangi kerusi yang dipertandingkan. Amin...
Sunday, April 24, 2016
#JanjiDiTepati : Laluan sambungan LRT Kelana Jaya mula beroperasi 30 Jun ini
“Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.”
Itu ungkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat yang lalu.
Saturday, April 23, 2016
Pinjaman Mikro Kewangan lebih popular dikalangan penduduk Kg Baru Cina
Friday, April 22, 2016
Kedai koperasi Felda tawar harga runcit murah dan berkualiti
#PRN11Sarawak : NGO mahu tindakan tegas kepada penfitnah - @RameshRaoAKS
PMSP Tuntut Jaminan Pihak Berkuasa Bertegas Ambil Tindakan Tegas Kepada Pemfitnah
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendesak agar Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) lebih tegas dan pantas bertindak kepada pihak yang menyebar fitnah dan hasutan.
Pemuda UMNO desak TNB bantu ringankan beban pengguna
DESAKAN KEPADA TNB BERI REBAT KHAS EL-NINO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) prihatin tentang keperitan rakyat yang melalui fenomena El-Nino atau pemanasan suhu permukaan laut yang melanda sekarang ini sehingga mengakibatkan sebilangan sekolah ditutup di negeri-negeri Utara Semenanjung ekoran cuaca panas yang melampau.
Hak Asasi Manusia : Penilaian AS berat sebelah
Kerajaan Malaysia merujuk kepada Laporan Negara Hak Asasi Manusia 2015 mengenai Malaysia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia Negara-Negara yang merangkumi di 195 buah negara dan wilayah.
Ayam bermasalah : Ini langkah yang diambil kilang pembekal McDonald's Malaysia
Seperti yang dijanjikan, pada hari ini penulis akan mengakhiri artikel berkaitan lawatan ke kilang pembekal McDonald's Malaysia iaitu Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) yang terletak di Sitiawan, Perak.
Artikel terdahulu :
Info yang perlu anda tahu tentang kilang pembekal McDonald's - Dindings Poultry Processing
Cara pemprosesan ayam McDonald's
Berikut adalah jawapan kepada persoalan tentang bagaimana pihak kilang pembekal menyekat serta menangani isu-isu seperti wabak penyakit, permasalahan-permasalahan semasa membabitkan produk keluarannya.
Thursday, April 21, 2016
#PemanduTeksi : "Aku tak goyang pun pada Uber"
Sekalipun isu berkaitan rasa tidak puas hati segelintir pemandu teksi terhadap perkhidmatan atas talian, Uber kelihatan 'sejuk' namun hasutan kebencian terhadap pihak lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih giat disebarkan.
Ini berdasarkan pemerhatian penulis sendiri dan rakan-rakan apabila menggunakan perkhidmatan teksi bagi tujuan mengumpul maklumat berkaitan tahap kualiti pemandu teksi secara rawak.
Wednesday, April 20, 2016
Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 #HogohPahang #VisitPahang2017
#PRN11Sarawak : MCA jadi 'kuli'
Parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar selepas UMNO iaitu MCA bersedia untuk dikerahkan sebagai 'kuli' pada tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri ke 11 (PRN11) Sarawak tidak lama lagi.
Kenyataan itu dilafazkan sendiri Timbalan Presiden MCA Datuk Dr. Wee Ka Siong ketika mengadakan sidang media di Putrajaya sebentar tadi.
El Nino : FGV yakin lepasi sasaran jualan
Cuaca panas El Nino yang melanda negara ketika ini telah menjejaskan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti dalam industri pertanian, peladangan, penternakan dan seumpamanya.
Ini termasuklah membabitkan pengeluaran kelapa sawit apabila aktiviti pengeluarannya merudum antara 6 peratus hingga 10 peratus. Bukan sahaja Malaysia, negara jiran Indonesia juga mengalami nasib sama.
yang sebenarnya, siapa akan ganti tempat pekerja asing dalam sektor 3D?
Ada ke pekerja-pekerja tempatan terutamanya golongan belia yang berani menyahut cabaran menjadi pekerja di sektor 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) - kerja-kerja yang kotor, sukar dan berbahaya?
Jika ada, kenapa industri-industri masih tidak menerima 'resume' daripada mereka? Atau mereka memilih sangat barangkali... hendakkan gaji setaraf Ketua Pengarah?
Kurangnya penyertaan pekerja tempatan di dalam sektor 3D adalah kerana mereka terlalu 'manja' dan tidak mampu menggalas tugas berat? Atau faktor gaji murah menjadi isu pokok?
Tuesday, April 19, 2016
Bersama peneroka FELDA dulu dan kini
Suara Lensa mungkin tidak berkesempatan mengikuti secara dekat pengasas dan insan yang membangunkan FELDA, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, namun Suara Lensa masih dikelilingi oleh masyarakat warga emas yang tidak pernah jemu menceritakan setiap peristiwa yang berlaku semasa FELDA hendak dibangunkan.
Anak angkat McDonald's, Ecah terus disayangi dan diambil berat
Tragedi digilis lori sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya putus Januari lalu tidak mematahkan semangat adik Siti Nuraisyah Syahrin untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.
Biarpun kemalangan itu kekal di dalam memorinya, Siti Nuraisyah atau lebih mesra dengan panggilan Ecah hari ini kelihatan bertambah manis dan ceria apabila kembali meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap.
Monday, April 18, 2016
Sunday, April 17, 2016
Tangani igauan ngeri Gen Y
Permasalah kewangan seperti disenarai hitam oleh institusi perbankan antara igauan ngeri yang sering menimpa generasi muda atau Gen Y hari ini.
Kesukaran mendapatkan pimjaman untuk membeli rumah kediaman misalnya adalah sesuatu permasalahan yang hendak dielakkan dan perlu dibendung daripada terus menyelubungi generasi muda.
Saturday, April 16, 2016
Debat Rahman Dahlan VS Guan Eng batal - Ini kenyataan TV3
Friday, April 15, 2016
Jangan lupa temujanji kita esok! #GempakKeluargaFelda #KotaTinggi
Jangan ambil kesempatan terhadap kenaikan 'ciput' yuran penerbangan!
Thursday, April 14, 2016
Dr. Sheikh Awab Abod kembali ke rahmatullah. Al Fatihah.
Dukacita dimaklumkan Ketua Kluster Gula Felda Global Ventures Holdings Berhad dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), Dato' Dr. Sheikh Awab Abod telah meninggal dunia tengah hari ini di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Sumber dari Facebook Felda Global Ventures - FGV
Sumber dari Facebook Felda Global Ventures - FGV
#HalalGlobal : China lahir minat, SAME sedia 'pimpin tangan' para usahawan
Wednesday, April 13, 2016
Apa lagi cara mendidik pengguna jalanraya selain perketat undang-undang...
Tuesday, April 12, 2016
Monday, April 11, 2016
DCA hantar notis penggantungan Rayani Air hari ini - @LiowTiongLai
VIDEO : Soalan student ala budak tadika dijawab tenang Dr Zakir Naik
Jikea sebelum ini ada warga Singapura yang sanggup melepaskan kerakyatannya semata-mata mahu menjadi warganegara Malaysia.
Sudah pasti keistimewaan dan kemakmuran yang terdapat di Malaysia menjadi faktor kepada keputusannya itu.
Itu baru sedikit, berkaitan warganegara luar yang cukup menghargai Malaysia.
Saturday, April 9, 2016
Info yang perlu anda tahu tentang kilang pembekal McDonald's - Dindings Poultry Processing
Tepat jam 9.00 pagi, penulis bersama rakan-rakan media yang lain melangkah keluar dari ibupejabat McDonald's Malaysia di Petaling Jaya menuju ke kilang pembekal ayam, Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) yang terletak di Sitiawan, Perak.
Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 3 jam itu turut disertai oleh Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar.
Friday, April 8, 2016
GAMBAR : Menteri Pertanian & Industri Asas Tani turun Temerloh
Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turun ke Temerloh mendekati masyarakat di sana.
Sedia maklum, Temerloh merupakan kawasan yang popular dengan penternakan ikan sungai seperti Patin dan Talapia.
Cuaca panas El Nino yang melanda negara ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada usahawan-usahawan desa ini.
Mudah-mudahan lawatan menteri ini dapat melegakan kegusaran para usahawan dalam mereka menghadapi waktu sukar.
Inilah cara kerja Barisan Nasional dan UMNO sedari dulu. Aktiviti turun padang dan mendekati rakyat juga merupakan pendekatan yang sering digunakan oleh Bapa Pembangunan, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Ia kemudiannya diteruskan oleh anaknya, Datuk Seri Najib yang juga Perdana Menteri hari ini.
Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sentiasa bersama rakyat dalam setiap apa jua keadaan tanpa memilih bulu.
*Parlimen Temerloh dikuasai oleh PAS.
Lagi gambar di sini
Sent from my iPhone
Thursday, April 7, 2016
SPAD terus tambahbaik perkhidmatan bas, lagi laluan diselaras semula
Sistem pengangkutan awam terutamanya bas terus ditambah baik oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semata-mata bagi memastikan keselesaan dan kepentingan para penumpang berada pada tahap tertinggi.
Usaha bersungguh-sungguh SPAD menerusi Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) dilihat berupaya memperbaiki kekurangan dalam perkhidmatan bas dalam negara.
Tuesday, April 5, 2016
Balik Kampung : Pengurusan lanjut saman @mpkotabelud terhadap Malaysiakini ditetap 4 Mei 2016
Masih ingat bagaimana seorang menteri dihina oleh pengguna media sosial berhubung isu balik ke kampung hujung tahun sudah?
Ya, kenyataan yang disunting dan diviralkan itu ketika ini sedang dalam proses mahkamah.
Saman dan pernyataan fitnah telahpun difailkan di Mahkamah Tinggi pada 13 Januari 2016 menerusi firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates bagi mewakili pihak plantif, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Selepas pengurusan kes, mahkamah semalam menetapkan 4 Mei 2016 sebagai tarikh pengurusan selanjutnya.
Monday, April 4, 2016
@cmlimguaneng diminta fokus pada isu Banglo #NoSwimmingPool - @dzainalabidin
Friday, April 1, 2016
Tembus pasaran di China dengan e-Dagang - Liow Tiong Lai
Kalau dahulu kita memasarkan produk-produk buatan tempatan dengan cara konvensional atau tradisi. Pemasangan papan-papan iklan, penyebaran iklan-iklan di stesen televisyen dan radio, pemasaran di lapangan serta jualan langsung merupakan sebahagian cara yang digunakan.
Bukanlah mahu memperlekehkan cara lama yang telahpun dipraktikkan sejak sekian lama itu tetapi kita juga perlu memikirkan cabaran-cabaran baharu yang dihadapi para usahawan. Bahkan, usaha-usaha untuk menembusi pasaran di peringkat global juga menjadi sedikit sukar apatah lagi wujudnya lambakan jenama di seluruh dunia.
Protes : Pemandu teksi terlebih emosi, gagal muhasabah diri
Selamat bertugas buat CEO baharu FGV
Bermula hari ini 1 April 2016, Datuk Zakaria Arshad, 56, akan memulakan khidmatnya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menggantikan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah.
Sejak tahun 1984, Zakaria sudah berkhidmat bersama Kumpulan Felda menerusi beberapa anak syarikat seperti Felda Rubber Industries Sdn Bhd, Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn Bhd, Felda Rubber Product Sdn Bhd dan Felda Marketing Service Sdn Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























