AdSense

Tuesday, April 26, 2016

Pemandu teksi dijemput 'lawan' Uber


Janganlah marah-marah dengan emosi tidak terkawal... Sampaikan Uber punya pasal industri teksi di Malaysia hendak diharamkan pula.

"Jangan berputus asa," 

Demikian kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar dalam satu majlis hari ini.

Syed Hamid ketika itu menjawab pertanyaan daripada peserta yang juga pemandu teksi dalam program Siri Syarahan Umum Akademi SPAD : Transformasi Pengangkutan Awam Darat di Malaysia - Sejarah, Aspirasi dan Cabaran di Shah Alam pagi tadi.

Pemandu teksi tersebut melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Uber yang didakwa sebagai punca utama pendapatan mereka terjejas. Sehingga beliau mencadangkan teksi diharamkan di Malaysia sebaliknya digantikan dengan Uber dan seumpamanya.

Namun yang demikian, Syed Hamid memberitahu, para pemandu teksi perlu 'berlawan' dengan Uber. Bukanlah berlawan seperti bergusti dalam WWF atau WWE tetapi berlawan dengan cara yang sihat.

Erti kata lain, pemandu teksi perlu memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan mereka dengan lebih baik sekaligus mengalahkan Uber.

Suara Lensa amat bersetuju dengan pendapat Syed Hamid. Penulisan-penulisan sebelum ini juga Suara Lensa ada menyentuh tentang tahap perkhidmatan para pemandu teksi yang dilihat semakin terabai.

Dengan teksi berbau tidak menyenangkan, cara layanan kepada penumpang, malas membawa penumpang dan cenderung ke arah penipuan seperti tidak menggunakan meter merupakan perkara penting yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik.

Faktor-faktor itu juga menjadi penyebab utama penumpang beralih daripada menggunakan teksi kepada Uber, Grabcar dan seumpamanya.

Oleh yang demikian, para pemandu teksi perlulah menyahut seruan 'melawan' Uber ini. Tunjukkan bahawa anda lebih baik dan berkualiti daripada mereka. Pasti penumpang dapat membandingkan mana yang baik dan sebaliknya.

Akhirnya, anda sendiri yang beroleh manfaat. 

No comments:

Post a Comment