AdSense

Friday, April 22, 2016

Ayam bermasalah : Ini langkah yang diambil kilang pembekal McDonald's Malaysia


Seperti yang dijanjikan, pada hari ini penulis akan mengakhiri artikel berkaitan lawatan ke kilang pembekal McDonald's Malaysia iaitu Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) yang terletak di Sitiawan, Perak.

Artikel terdahulu :
Info yang perlu anda tahu tentang kilang pembekal McDonald's - Dindings Poultry Processing

Cara pemprosesan ayam McDonald's

Berikut adalah jawapan kepada persoalan tentang bagaimana pihak kilang pembekal menyekat serta menangani isu-isu seperti wabak penyakit, permasalahan-permasalahan semasa membabitkan produk keluarannya.


Sebelum itu, penulis ingin menjelaskan sekali lagi bagi mengelakkan pembaca terkeliru. Kilang pemprosesan yang menjalankan aktiviti seperti penyembelihan dan pembersihan diuruskan oleh DPP sementara aktiviti ternakan pula dikendalikan oleh Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC).

Kedua-dua DPP dan DPDC ini merupakan syarikat dibawah kumpulan Malayan Flour Mills Berhad (MFM).

Baiklah, berbalik kepada persoalan berbangkit di atas, penulis diberitahu sekiranya wabak penyakit atau permasalahan melanda ayam ternakan di reban DPDC maka pihak syarikat akan mengambil langkah mengutamakan keselamatan pelanggan dan mengurangkan risiko kerugian



Bermakna, kesemua ayam yang ditempatkan di reban terbabit akan dihapuskan serta-merta walaupun penyakit yang menimpa produk mereka boleh diubati.

Lebih baik buang kesemuanya. Kalau dipelihara juga, syarikat terpaksa menampung kos yang belum tentu membawa untung. Kalau boleh diubati oklah tiada masalah, bagaimana kalau sebaliknya? Merugikan masa dan duit saja.

Bagaimanapun, MFM menegaskan bahawa peratus kemasukan wabak penyakit atau permasalahan membabitkan produk keluaran ladang mereka adalah sangat rendah. Ini kerana kilang-kilang mereka memiliki ciri-ciri keselamatan yang begitu baik dan selamat.

Pengarah Hal Ehwal Pembangunan Perniagaan & Korporat MFM, Azhari Arshad ketika memberi penerangan.
Pengamal media dan rombongan McDonald's kelihatan tekun mendengar taklimat dan penerangan yang disampaikan.

Lihat sajalah bagaimana payahnya mahu memasuki tempat pemprosesan ayam di DPP. Malah boleh dikatakan kawalan keselamatan mereka sangat 'melecehkan' pelawat yang tidak biasa seperti penulis.

Tidak cukup dengan itu, badan-badan penguatkuasa yang terlibat seperti Jabatan Veterinar dan agensi-agensi kerajaan yang lain turut memantau segala operasi kilang sebelum menerima sijil-sijil kelayakan mahupun pengesahan tertentu.

Sekiranya DPP memiliki sijil antaranya ISO - Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan, DPDC pula dirujuk berdasarkan pada pensijilan MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices).

Dari kiri; Pengarah Eksekutif Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) Ang Pun Heng, Pengarah Hal Ehwal Pembangunan Perniagaan & Korporat MFM Azhari Arshad, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar dan Pengurus Besar DPP Tony Wo Kah Keat

MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). Ia juga merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan.

Dalam perkembangan lain, cuaca panas El Nino yang melanda negara ketika ini menjejaskan beberapa industri termasuk pertanian dan penternakan. Kurangnya pengeluaran produk-produk yang menjadi keperluan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Aktiviti import / eksport turut terjejas. Belum lagi dikira kerugian yang menimpa mereka apabila tumbuhan, pokok mahupun haiwan ternakan mati akibat cuaca panas melampau.

Gambar ketika lawatan ke kilang pemprosesan pada 6 April lalu.

Haiwan ternakan seperti ayam juga tidak terkecuali daripada berdepan El Nino. Sehinggakan ia disebut di dalam persidangan Dewan Negara semalam oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kata Ahmad Shabery, cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami 'stress' yang menyebabkan proses pembesarannya terbantut.

"Ini boleh berlaku apabila ada penternak ayam yang masih menggunakan kaedah lama iaitu kaedah reban terbuka. Apabila suhu tinggi, kadar stress ayam akan meningkat contohnya daripada 38 hari menjadi 40 hari untuk mencapai berat tertentu," ujar Ahmad Shabery.

Berbeza dengan kilang pembekal McDonald's. Ia bukan lagi reban berdindingkan papan yang terdedah dengan persekitaran terbuka. Sebaliknya ia dilengkapi dengan teknologi-teknologi canggih dilengkapi dengan kipas bagi memastikan suhu dalam reban kekal sejuk mengikut keperluan.


Oleh yang demikian, masalah 'ayam stress' tidak memberi kesan langsung kepada bahan mentah restoran popular McDonald's.

Ternyata kilang dan pembekal pilihan McDonald's sejak tahun 2012 ini adalah pilihan tepat. Mematuhi piawaian yang ditetapkan, tahap kebersihan tinggi, patuh syariah dan halal serta faktor kesegaran bahan mentah sememangnya menepati kehendak McDonald's.


No comments:

Post a Comment