AdSense

Saturday, April 16, 2016

Debat Rahman Dahlan VS Guan Eng batal - Ini kenyataan TV3


Pengajuran debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng berhubung isu hangat di Pulau Pinang terpaksa ditunda pada tarikh lain yang akan diberitahu kemudian.


Ini bukan keputusan saja-saja daripada pihak penganjur Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad tetapi diarahkan oleh pihak berkuasa.

Berikut merupakan kenyataan daripada Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah,

Setelah mengambil kira nasihat daripada YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dato' Azam Baki, Rangkaian 

Televisyen Media Prima Berhad telah memutuskan untuk menunda debat diantara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini.

TV3 menghormati pendapat Tan Sri Khalid dan Dato' Azam bahawa debat ini mungkin akan menganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan Banglo milik YAB Lim di Pulau Pinang.

Debat itu ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Terima kasih.

Keputusan ini bagi Suara Lensa adalah satu tindakan yang tepat. Namun dalam masa sama Suara Lensa juga beranggapan bahawa pihak Guan Eng sememangnya faham dengan situasi ini.

Barangkali mereka sudahpun menyedari bahawa pihak berkuasa pasti tidak akan membenarkan penganjuran debat tersebut.

Biasalah, Guan Eng terkenal dengan budaya berdolak dalihnya... Selepas ini akan muncullah beliau diceramah-ceramah rakyat menuduh kerajaan penakut dan sebagainya. Kononnya BN takut untuk berdebat dengannya...

*Dolak-dalih tak laku...

1 comment:

  1. Soalan sama patut ditujukan kepada SPRM dan PDRM..Bila nak siasat..kalu melayu kenapa cepat...cina ni kebal sangat ke atau memang SPRM dan PDRM yg bebal.

    ReplyDelete