AdSense

Monday, April 25, 2016

#PRN11Sarawak : Pagi-pagi lagi dah menang 2 kerusi....


BN Sarawak memulakan langkah garangnya dalam Pilihan Raya Negeri kali ke 11 (PRN11) dengan kemenangan tanpa bertanding calonnya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Bukit Sari) dan Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota).

Kemenangan itu juga memberikan isyarat bahawa pemerintahan BN Sarawak yang diketuai Ketua Menterinya Tan Sri Adenan Satem sememangnya mendapat sokongan penuh pengundi tanpa berbelah bahagi.

Adenan atau dikenali masyarakat tempatan dengan nama 'Tok Nan' menyifatkan kemenangan di dua kerusi tersebut sebagai suntikan semangat awal buat calon-calon BN yang bertanding.

Dalam masa sama, calon PKR, Jazolkipli Numan pula berhajat mencabar Tok Nan bagi merebut kerusi N3 Tanjung Datu.

Semoga perjalanan kempen berjalan dengan baik serta lancar dan mudah-mudahan calon-calon BN memenangi kerusi yang dipertandingkan. Amin...

No comments:

Post a Comment