AdSense

Wednesday, April 20, 2016

El Nino : FGV yakin lepasi sasaran jualan


Cuaca panas El Nino yang melanda negara ketika ini telah menjejaskan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti dalam industri pertanian, peladangan, penternakan dan seumpamanya.

Ini termasuklah membabitkan pengeluaran kelapa sawit apabila aktiviti pengeluarannya merudum antara 6 peratus hingga 10 peratus. Bukan sahaja Malaysia, negara jiran Indonesia juga mengalami nasib sama.


Namun anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tetap yakin mampu mencapai sasaran jualan kelapa sawit sekalipun berdepan masalah kekurangan pengeluaran.


Dalam masa sama, kurangnya pengeluaran kelapa sawit ini juga membawa kepada peningkatan harganya. Ini merupakan sifir mudah dalam ilmu perniagaan apabila kurangnya pengeluaran dan tingginya permintaan maka paras harga turut berganjak naik.

Ketua Kluster Huluan Sawit Datuk Abd. Halim Hamid dalam pada itu menyifatkan pengeluaran kelapa sawit akan menjadi normal dan meningkat apabila cuaca kembali berubah seperti sedia kala.


"Kehilangan pendapatan ini bagaimanapun tidak menjejaskan FGV dan saya jangka hasil ini akan meningkat semula dalam tempoh separuh kedua tahun ini,"

Tanggungjawab sosial korporat

Baru-baru ini, FGV menerusi anak syarikatnya MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM381,000 kepada golongan asnaf di Perlis.

Jelas Abd Halim, ia adalah sebahagian daripada keseluruhan RM5 juta zakat perniagaan MSM, RM3.5 juta diperuntukkan kepada Perlis.

Pada tahun lepas, FGV telah menyerahkan sejumlah RM18.3 juta kepada pusat-pusat zakat negeri-negeri.

No comments:

Post a Comment