AdSense

Tuesday, April 5, 2016

MP DAP dan FB Suara Rakyat gagal burukkan #PLKN


Serangan yang dihalakan kepada program jati diri anak Malaysia iaitu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) nampaknya gagal.


Cubaan tersebut dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming dan disebarkan fanpage yang popular dengan cerita-cerita berbaur fitnah, 'Suara Rakyat' sengaja diviralkan dengan hasrat rakyat membenci kerajaan serta menuduh kerajaan korup.

Apa mereka cakap? Kononnya tiada penjimatan dilakukan PLKN bagi tahun 2015??? 'Berita' sensasi sedemikian pastinya mengundang persepsi masyarakat sekiranya mempercayainya bulat-bulat tanpa menyemak isi kandungannya.

Parti pembangkang cuba memperlihatkan mereka bijak sehingga terpaksa menggunakan serangan berunsur fitnah.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ketika menepis fitnah tersebut mengatakan bahawa peruntukan asal tahun 2015 untuk PLKN yang sebenarnya adalah sebanyak RM697.8 juta.

Daripada jumlah itu, RM408.34 juta adalah merupakan kos tetap yang perlu dibelanjakan bagi tujuan komitmen dan kontrak yang telahpun dibuat sebelum pengumuman pengangguhan PLKN.

Untuk makluman pembaca, perbelanjaan RM408.34 juta itu mengambilkira aspek kos latihan kumpulan 1 sesi 2015, pelaksanaan makmal transformasi PLKN, pelaksanaan Projek Rintis dan pembayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak termasuk jurulatih di kem PLKN sepanjang tahun penangguhan.

Setelah kesemua perkara tersebut diambil kira, PLKN berjaya membuat penjimatan sebanyak RM289.5 juta apabila tidak meneruskan pengambilan untuk dua kumpulan PLKN pada tahun 2015.

Penjimatan ini juga digunakan untuk program kesejahteraan rakyat!

Sehubungan dengan itu, MP DAP Serdang dan fanpage yang popular dengan cerita fitnah ditegaskan supaya memperbetulkan dakwaan mereka sebelum ini.

Sebagai Ahli Parlimen, Ong Kian Ming seharusnya tidak membuat atau menyebarkan cerita-cerita fitnah bagi tujuan meraih populariti.



No comments:

Post a Comment