AdSense

Tuesday, April 19, 2016

Pengerusi Bersih GAGAL batalkan pertuduhan #Bersih4


"Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melepas dan membebaskan pemohon daripada pertuduhan dan tidak dapat menangguhkan perbicaraan. Permohonan tidak mempunyai merit atau justifikasi dan seharusnya ditolak."


Demikian keputusan Mahkamah Tinggi ketika menolak permohonan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah untuk membatalkan pertuduhan keatasnya.

Maria Chin diheret ke mahkamah berikutan penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan tanpa memberikan notis 10 hari kepada Ketua Polis Daerah Brickfields sebagaimana yang sepatutnya dibuat.

Himpunan tersebut berlaku pada 29 Ogos 2015 di hadapan pusat membeli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah ketika membacakan penghakimannya berkata, merujuk pada afidavit, pemohon tidak menyatakan bahawa notis diberikan kepada Ketua Polis Brickfields bagi memaklumkan penganjuran himpunan tersebut.

Pemohon bagaimanapun hanya menyentuh tentang notis berhimpun di Dataran Merdeka yang dikemukakan secara serahan tangan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Selain Arina Ong Xin Yi, Maria turut diwakili peguam yang juga pernah menduduki kerusi Pengerusi Bersih sebelum ini, Datuk S. Ambiga.


Pertuduhan terhadap Maria Chin dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Sebagaimana yang terkandung di dalam Akta Perhimpunan Aman itu, pihak penganjur sememangnya perlu memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa. Inilah Malaysia yang mengamalkan demokrasi tanpa sebarang sekatan.

Boleh berhimpun, tetapi kenalah maklumkan pada pihak berkuasa seperti polis bagi tujuan keselamatan dan langkah berjaga-jaga sekaligus dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.



No comments:

Post a Comment