AdSense

Tuesday, April 19, 2016

Anak angkat McDonald's, Ecah terus disayangi dan diambil berat


Tragedi digilis lori sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya putus Januari lalu tidak mematahkan semangat adik Siti Nuraisyah Syahrin untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.

Biarpun kemalangan itu kekal di dalam memorinya, Siti Nuraisyah atau lebih mesra dengan panggilan Ecah hari ini kelihatan bertambah manis dan ceria apabila kembali meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap.


Selepas bercuti seketika, raut wajah Ecah kini bertambah gembira dan semangatnya meningkat pulih apabila rakan-rakan dan guru-gurunya meraikan kepulangan Ecah ke sekolah.


Memastikan keceriaan dan semangat Ecah kekal baik, restoran popular McDonald's Malaysia tampil memberi pelukan dengan menjadikan pelajar tingkatan 1 itu sebagai anak angkatnya.

McDonald's Malaysia berasa terpanggil membantu mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung keluarga Ecah menerusi tanggungjawab sosial (CSR) mereka. Justeru itu biasiswa berjumlah RM5,000 diberikan kepada Ecah bagi memenuhi keperluan pembelajarannya dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.


Selain wang tunai berjumlah RM2,000, McDonald's Malaysia juga menghadiahkan buku-buku rujukan dan ulangkaji bernilai RM300 serta baucar tunai McDonald's selama setahun bernilai RM400 kepada Ecah.

Sedia maklum, McDonald's Malaysia menerusi badan kebajikannya RMHC (Ronald McDonald House Charities Malaysia) kerap muncul mendampingi masyarakat yang memerlukan terutamanya membabitkan kanak-kanak dan golongan remaja.


Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan merupakan tiga fokus utama RMHC kepada golongan sasaran. Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang RMHC.

Sementara artikel berkaitan biasiswa pula, Suara Lensa pernah menyiarkannya secara eksklusif di sini.

No comments:

Post a Comment