AdSense

Saturday, April 23, 2016

Pinjaman Mikro Kewangan lebih popular dikalangan penduduk Kg Baru Cina


Pinjaman Mikro Kewangan atau Skim B dalam Skim Pimjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina (PKBC) menjadi pilihan paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan Skim A dan C.

Ini sekaligus membuktikan bahawa masyarakat Cina khususnya lebih cenderung menggunakan simpanan sendiri bagi tujuan hartanah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, daripada keseluruhan 5,286 orang pemohon Skim Pimjaman PKBC, 99 peratus adalah pemimjam dalam Skim B.

Untuk makluman pembaca, terdapat 3 kategori di dalam Skim Pinjaman Khas PKBC ini iaitu :

Skim A
Pinjaman bagi membiayai bayaran premium dan memperbaharui tempoh pajakan tanah kediaman dengan jumlah pinjaman RM3,000 - RM100,000.
Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Penduduk di dalam perkampungan baru Cina dan disahkan pihak berkaitan
3. Pemegang permit Tanah Lesen Menduduki Sementara (TOL) atau tanah pajakan.
4. Pendapatan isi rumah : RM1,000 - RM3,000

Skim B
Pinjaman perniagaan kewangan dengan pinjaman RM5,000 - RM50,000.
Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Penduduk di dalam perkampungan baru Cina dan disahkan pihak berkaitan

Skim C
Pinjaman menaik taraf rumah dengan pinjaman RM3,000 - RM50,000.
Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Penduduk di dalam perkampungan baru Cina dan disahkan pihak berkaitan
3. Pemegang permit Tanah Lesen Menduduki Sementara (TOL) atau tanah pajakan.
4. Pendapatan isi rumah : RM1,000 - RM3,000




Terdahulu, Ka Siong menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Program Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru antara Bahagian Kampung Baru Jabatan Perdana Menteri dan BSN di Menara Usahawan, Putrajaya.

Hadir sama Pengarah Bahagian Kampung Baru Jabatan Perdana Menteri Wee Li Ling, Timbalan Ketua Eksekutif (Perbankan Runcit) BSN Datuk Yunos Abd Ghani, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Abdul Halim Abdul Aziz dan Pengerusi Persatuan Pegawai Kemajuan Perkampungan Sam Cho Wah.

MoU tersebut merupakan keputusan kerajaan menambah dana berjumlah RM20 juta yang disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi meneruskan Skim Pinjaman Khas PKBC.

Skim Pinjaman Khas PKBC ini dilancarkan pada 21 Julai 2011 dengan peruntukkan oleh kerajaan sebanyak RM100 juta.


Ia juga merupakan salah satu program dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe10) yang dilihat berjaya membantu penduduk Kampung Baru bagi mendapatkan pinjaman mudah dengan hanya dikenakan kadar faedah rendah iaitu hanya 4% berasaskan baki bulanan dalam membayar bayaran premium tanah, membiayai aktiviti perniagaan mikro dan menaik taraf rumah.

Sehingga 31 Disember 2015 iaitu selepas 5 tahun perlaksanaan, sebanyak RM173 juta telah diluluskan dengan memberi manfaat kepada 5,286 penduduk Kampung Baru Cina.

Orang ramai yang layak khususnya penduduk Kampung Baru Cina diminta mengunjungi cawangan BSN terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim yang ditawarkan ini.

No comments:

Post a Comment