AdSense

Sunday, April 24, 2016

RM285 juta untuk naiktaraf Lapangan Terbang Miri


Kerja siapa lagi kalau bukan kerajaan Barisan Nasional... Agenda mendahulukan rakyat sentiasa menjadi fokus utama kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Terbaharu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika lawatan rasmi ke Lapangan Terbang Miri (LTM), Sarawak memaklumkan bahawa kerajaan telah menyenaraikan Projek Cadangan Pembesaran Dan Menaiktaraf LTM dengan anggaran kos berjumlah RM285 juta.

Projek itu juga termasuk di dalam Senarai Keutamaan Permohonan Projek Baharu bagi Rolling Plan 1 tahun 2017, di bawah Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11).


Nah! Ini juga membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan sememangnya tidak menganak-tirikan pembangunan di negeri Sarawak sebagaimana yang dituduh segelintir pihak.

Bukalah mata dan terimalah realiti ini. Tiada kerajaan yang lebih baik berbanding Barisan Nasional. Slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan memang tepat sekali dengan roh perjuangan pemimpin Barisan Nasional.


No comments:

Post a Comment