Lebih 40 tahun kadar yuran penerbangan tidak disemak semula merupakan antara faktor relevan kepada cadangan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk melaksanakan kadar baharu.
Pada ketika ini, Malaysia merupakan antara negara yang paling murah yuran penerbangannya berbanding negara-negara lain di dunia iaitu.
Hanya pada kadar RM800 untuk caj yang dikenakan untuk pesawat Airbus 320 melebihi 45,000KG ketika ini bagi laluan sepanjang 400 batu nautika (740km) berbanding negara-negara lain seperti New Zealand dengna caj sebanyak RM3,279, Azerbaijan (RM2,798), Thailand (RM1,940), Vietnam (RM1,019),Hong Kong (RM861) dan Indonesia (RM350).
Sebenarnya, ia pada dasarnya adalah bertujuan memenuhi standard pelan pengurusan trafik udara global oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menerusi pelan Penambahbaikan Blok Sistem Penerbangan (ASBU).
Cadangan DCA juga dilihat dapat membawa kelebihan dari segi tawaran perkhidmatan, peralatan dan keanggotaan yang lebih baik.
Apabila cadangan ini dibangkitkan, kelihatan ada pihak-pihak tertentu sudah membuat kira-kira untuk menaikkan harga penerbangan syarikat mereka. Kenyataan-kenyataan media seperti sudah dikarang dengan mendakwa kenaikan kadar yuran mengakibatkan syarikat terpaksa menanggung risiko kerugian.
Namun, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam reaksi awalnya berhubung cadangan DCA itu dimaklumkan bahawa kenaikan tersebut adalah dalam kadar minimum.
Tambah Tiong Lai lagi, pihak berkepentingan dalam industri penerbangan sememangnya faham tentang hasrat DCA bagi melaksanakan cadangan tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, tempoh lama sehingga lebih 40 tahun kadar yuran tidak disemak dan pelan ASBU merupakan faktor yang perlu ditekankan.
Oleh yang demikian, pihak-pihak berkepentingan di dalam industri penerbangan juga harus memainkan peranan mereka di dalam pembangunan industri negara. Jangan jadikan isu seperti kenaikan harga minyak sebagai punca kenaikan harga barang. Tetapi apabila harga minyak turun, harga barang tidak pula turun!
Kerajaan sedaya upaya membangunkan industri-industri penting dalam negara. Adalah tidak adil sekiranya pihak-pihak yang berjaya melalui projek-projek kerajaan ini enggan berkorban sedikit untuk masyarakat.
No comments:
Post a Comment