AdSense

Tuesday, June 30, 2015

Elemen baharu #PLKN 2.0 cegah ancaman militan


Negara hari ini berdepan dengan ancaman militan yang agak membimbangkan. Selain pelbagai serangan pembunuhan, kumpulan pengganas seperti militan Negara Islam (IS) ini sedang pergiat merekrut golongan muda di laman sosial.

Nampak seolah-olah tidak masuk akal tetapi inilah yang mereka sedang lakukan hari ini. Ia terbukti dengan kemunculan 'pejuang' jihad muda yang melakukan siri-siri pembunuhan mewakili militan IS.

Pemasaran politik dan idealogi gaya DAP


Setahun selepas PRU13, DAP dilihat memberi penekanan serius untuk menarik undi orang Melayu dan Islam secara langsung tanpa bergantung kepada PAS dan PKR seperti PRU10, PRU11 dan PRU12.

Persoalannya mengapakan DAP mengambil berat undi untuk memperolehi sokongan daripada kumpulan Melayu dan Islam sedangkan calon-calonnya bertanding di kawasan majoriti Cina?

Monday, June 29, 2015

Faekah JENTIK Azmin


PELUANG AZMIN MEMBUKTIKAN KEUPAYAAN SUDAH BERAKHIR, BERI LALUAN PADA YANG LAYAK

Saya sama sekali tidak terkejut melihat reaksi melatah daripada beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata kurang senang dengan berita kesudian mantan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk kembali menerajui tampuk kerajaan negeri demi memastikan pentadbiran yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab, berintegriti dan bebas rasuah.

Pampasan #MH17 lambat bersebab


Pampasan lambat? Apa sebabnya?

Pihak Malaysia Airlines (MAS) perlu meneliti dengan terperinci mengenai penerima pampasan iaitu keluarga dan waris mangsa dalam penerbangan MAS MH17.

Kena pastikan mereka adalah keluarga dan waris mangsa yang sah dan berhak menerima pampasan berkenaan.

Sunday, June 28, 2015

Seronoknya anak-anak ni shoping baju raya... #YayasanMesra


Ramadan, bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Selain beribadah, kita juga dianjurkan supaya melebihkan bersedekah. Dalam masa kita sibuk membuat persiapan menjelang hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri, usah dilupa kepada golongan yang tidak bernasib baik.

UMNO Wangsa Maju : Iftar bersama Cawangan Sri Langkawi 1


Semalam Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah berkesempatan berbuka puasa bersama penduduk setempat anjuran UMNO cawangan Sri Langkawi 1.


Dalam masa sama, Mohd Shafei yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) bersama penduduk setempat menunaikan kewajipan solat Maghrib berjemaah yang turut dihadiri Setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju Hj Shamsuddin Hussin, wakil MPP Zon 4 Hamidun, Ketua UMNO Cawangan Saari dan barisan AJK Cawangan.

‪#‎CaknaWangsaMaju‬
‪#‎UMNOWangsaMaju‬
‪#‎DatoDrHjMohdShafeiAbdullah‬
‪#‎BNWangsaMaju‬

Friday, June 26, 2015

Wee Ka Siong selamat jalani pembedahan, kini dalam peringkat pemulihan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong telah selamat menjalani satu pembedahan dan kini beliau dalam peringkat pemulihan.

Keadaan beliau adalah stabil dan memerlukan rehat tanpa sebarang gangguan sepanjang tempoh pemulihan sebagaimana yang dinasihatkan oleh doktor

Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA ketika ini memerlukan sedikit ruang dan masa untuk pemulihan dan dijangka kembali bertugas seperti biasa dalam masa terdekat.

Semoga Datuk Wee Ka Siong cepat sembuh.

@NajibRazak : Ingat jasa dan pengorbanan anggota keselamatan


Ramai yang terharu apabila terlihat anggota keselamatan negara berbuka puasa di tempat kerja.

Namun itulah realitinya... Perasaan sebak itu sudah lali dengan anggota keluarga mereka... Bukanlah suatu perkara yang menghairankan...

Mereka, anggota keselamatan negara tanpa mengira waktu, sentiasa menjaga keselamatan negara.

Tiong Lai : Faktor WOW diyakini tarik minat pelancong China


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyambut baik intipati cadangan pengecualian visa terhadap pelancong China.

Katanya, antara faktor yang menghalang minat pelancong China untuk datang ke Malaysia adalah kerana proses permohonan visa yang memakan masa. Selain daripada itu, dengan inisiatif pengecualian visa ini berupaya memberika faktor 'wow' bagi menarik minat pelancong ini ke Malaysia.

PENDEDAHAN!!! Pengakuan Xavier Justo dan dokumen berkaitan #1MDB


Pengakuan terbaru Xavier Justo, pemeras ugut PetroSaudi dan pembocor maklumat Sarawak Report.

Media melaporkan ;

Beberapa rakyat Malaysia boleh diekstradisi ke Bangkok untuk membantu siasatan terhadap dakwaan berkaitan kebocoran dokumen oleh bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata individu tersebut dipercayai meminta Justo untuk memanipulasi fakta tertentu ke atas maklumat kepada Sarawak Report seperti yang diberitahu warganegara Switzerland itu semasa soal siasat oleh pihak berkuasa Thai.

MCA terus harungi cabaran zaman internet


Setiap kecaman dan kritikan dalam politik terutamanya di dalam rangkaian media sosial pada ketika ini mengundang kesan negatif kepada masyarakat. Ia memberi tanggapan yang buruk kepada sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Pelancaran pakej pelancongan 'Ibrah di Bumi Anbiyya' #FeldaTravel


Satu pakej pelancongan terbaharu pada tahun ini dikenali sebagai 'Ibrah di Bumi Anbiyya', dilancarkan oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Anak syarikat #FELDA iaitu Felda Travel mengunjurkan seramai 120 orang mendaftar bagi setiap pakej pelancongan terbaharu itu, yang akan bermula dari September tahun ini.

Thursday, June 25, 2015

Jika rakyat Malaysia – Tahukah anda prinsip Rukun Negara?


Sebagai warganegara Malaysia, kita bukan sekadar hanya tahu menyanyikan lagu Negaraku… Tetapi juga harus mengetahui serta memahami prinsip rukun negara. Baharulah digelar warganegara sejati yang cintakan negaranya. – Bukannya pendatang.

#NUFAM tak perlu ugut #MAS - Menteri Pengangkutan


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, penstrukturan semula Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) tidak akan menjejaskan operasi syarikat itu.

FELDA tunai kewajipan zakat perniagaan RM23.1 juta


Syukur Alhamdulillah...

Pada 22 Jun lalu, #FELDA telah mengeluarkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2014 berjumlah keseluruhan RM23.1 juta. Ia disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada menteri-menteri Besar, Ketua Menteri dan wakil-wakil pusat zakat negeri.

Tuesday, June 23, 2015

PENUBUHAN SAYAP ISLAM PROGRESIF DALAM DAP


Ini hanya cadangan saya selepas bincang dengan kawan-kawan media mengenai penubuhan parti baru dari kumpulan pemimpin #PAS yang kalah dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu.

Dari pandangan kasar kami, parti baru dari kumpulan orang kalah ia tidak memberi impak kepada politik di peringkat nasional.

Dilema kumpulan yang hendak tubuh parti baru ini ialah kesukaran mencari sokongan, persoalannya siapa menyokong mereka selain dari kumpulan atau geng mereka yang tewas bersama-sama dan faktanya adalah kumpulan ini sudah ditolak oleh majoriti penyokong PAS apatah lagi #UMNO.

Cauvinist : Si perakam dan tukang sebar


Zaman canggih laa katakan... Semua benda nak dirakam... dahlah rakam separuh, kemudian menimbulkan persepsi... Hebat sungguh puak ni... dari dulu lagi memang anti polis, anti bumiputera... ni la dia puak cauvinist... yang si tukang sebar pula, gunakan kelebihan yang ada iaitu sebagai fanpage yang ramai pengikut untuk 'baling batu sembunyi tangan'.

Sunday, June 21, 2015

Ops Khas Hippo - SPAD berjaya banteras lori lebih muatan


Selalu saja kita dengar atau lihat kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh lori lebih muatan. Sudah pasti merunsingkan ramai pihak terutamanya pengguna jalanraya yang lain.

Sehubungan itu, satu operasi diadakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dinamakan OPS KHAS HIPPO untuk menangani lori lebih muatan ini.

#SPAD : Pesanan buat pengguna yang hendak pulang ke kampung


Sekarang kita sudah memasuki bulan Ramadhan... Lepas pada ini, sambutan Aidilifitri...

Saturday, June 20, 2015

Malaysia tetap berusaha mencari dan menyelamat #MH370 - Menteri Pengangkutan


8 Mac 2014, negara digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370... Menjadi sejarah yang diselubungi rasa sedih negara.

Pelbagai usaha digerakkan...

Sebanyak AUD$60 juta atau RM174 juta telah dibelanjakan untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat pesawat malang itu.

Syed Hamid Albar terus diberi kepercayaan #SPAD


Syukur alhamdulillah...

Tan Sri Dr Syed Hamid Albar terus diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Kontrak Syed Hamid Albar selaku Pengerusi SPAD dilanjutkan bagi tempoh 2 tahun lagi dan mula berkuatkuasa pada 4 Jun 2015.

Ini merupakan kontrak kali kedua Syed Hamid menjadi Pengerusi SPAD, sejak ditubuhkan 3 Jun 2010.

Sedia maklum, sistem pengangkutan awam darat negara terus melalui proses transformasinya dalam usaha memartabatkan industri tersebut.

SL percaya, SPAD yang dikepalai Syed Hamid akan terus membawa sinar baharu buat pengangkutan awam darat negara.

Thursday, June 18, 2015

Presiden MCA : Organisasi cerai-berai, bagaimana mahu tadbir negara?


DAP kata begini.... PAS kata begitu...

Di sini letak jawatan... Di sana letak jawatan... atas kerana prinsip dan kesetiaan kepada parti...

Rakyat Malaysia terutamanya di negeri Selangor sewajarnya tidak mudah terpedaya dengan permainan politik mereka ini!

Kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, pokok pangkalnya, Pakatan Rakyat tidak layak memerintah di Selangor.

Wednesday, June 10, 2015

Apa rahsia KEKEBALAN peguam pro-pembangkang?


Pemimpin dan agama Islam terus dihina dengan sewenang-wenangnya, setiap masa setiap detik tanpa henti. Secara halus dan terang-terangan.

Malah air zam-zam dan urusan mulia seperti menunaikan umrah juga dihina. Hebat sungguh kegiatan seorang peguam kebal ini...

Apakah kehebatan beliau sehingga terus kebal? Apakah kerana seorang peguam maka tiada siapa yang berani mengenakan tindakan terhadapnya? Tiada undang-undang yang mampu menghadapi budaya menghina agama orang lain?

Fakta lengkap berkaitan kedudukan FGV di Bursa Malaysia


Cukup kencang pihak pembangkang menghentam FELDA berhubung penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia. Namun sebagai pencinta kebenaran, kegiatan menyebar persepsi keji yang dimainkan itu tidak akan berjaya memperdayakan rakyat yang semakin bijak - meneliti dan menyelidik terlebih dahulu kesahihan berita yang sampai kepada mereka.

Kononnya FGV telah terkeluar daripada Bursa Malaysia...

Tuesday, June 9, 2015

Serang isteri PM : Penfitnah kantoi lagi


Saya mendapat maklumat bahawa terdapat sebaran gambar di Whatsapp mengenai keratan berita mengenai sebuah handbag Hermes Birkin yang dijual secara lelongan pada harga RM820,000. Gambar tersebut disebarkan juga bersama sekeping gambar DS Rosmah memakai sebuah handbag yang hampir sama. Seolah-olah menggambarkan bahawa DS Rosmah merupakan individu yang telah membeli handbag tersebut.

Perutusan Anwar Ibrahim 'warning' PAS


Tindakan PAS yang berhasrat memutuskan hubungan secara rasmi dengan DAP mengundang rasa tidak senang Anwar Ibrahim.

Selain 'warning' PAS, Anwar Ibrahim tidak pernah lupa untuk menyebut nama Barisan Nasional sebagai bahan memberi persepsi buruk.

Monday, June 8, 2015

Restoran Felda D'Saji kedua di Mekah


Jika pada Disember 2013 lalu, Restoran Felda D'Saji memulakan operasi perniagaan mereka di Menara al-Safwa yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram.

Semalam 7 Jun 2015, satu lagi restoran sama dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Restoran Felda D'Saji cawangan Jeddah yang terletak di Tahlia Street menjadikan ia sebagai cawangan kedua di Mekah.

#SPAD perkenal 20 bas GoKL baharu - manfaat buat pengguna, tumpuan di pusat perniagaan


Soal keselesaan penumpang pada waktu puncak kini tidak lagi menjadi permasalahan terutamanya kepada warga kota. Ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperkenalkan 20 bas GoKL yang baharu.

Dalam masa sama ia dapat meningkatkan perhubungan di kawasan pusat perniagaan apabila laluan yang digunakan meliputi kawasan tumpuan utama.

30 rangka mayat lagi ditemui di Wang Kelian


Sebanyak 30 rangka mayat berkafan dibawa turun dari kawasan perkuburan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Bukit Genting Perah, Wang Kelian, Perlis, pada jam 2.35 petang semalam.

Ia menjadikan angka keseluruhan setakat semalam berjumlah 99 rangka mayat yang ditemui.

Saturday, June 6, 2015

KRONOLOGI SEBENAR APA YANG BERLAKU SEMASA DIALOG PM BERSAMA NGO

Oleh Raziz KLXPress

1. JEMPUTAN

- Menurut Dato Khairul Anuar Rahmat, Pengerusi Sukaguam, tiada jemputan dikeluarkan khusus untuk Tun Dr Mahathir. Tetapi Tun M boleh hadir sebagai peserta menggunakan mana-mana kad jemputan kosong yang dikeluar kepada NGO yang mendaftar sebelum 3hb Mei lalu. Maka, salah satu tiket kosong tersebut telah mereka tulis nama Tun M untuk menunjukkan Tun M dijemput secara rasmi.

- jemputan hanya untuk hadir mendengar ucapan PM dan bertanya soalan, bukan untuk berucap. Tun M sewaktu di bilik menunggu memaklum penganjur bahawa beliau tidak dijemput, tetapi hadir kerana media maya spin kata beliau akan hadir. Namun Tun desak penganjur, dia mahu berucap selama 30 minit sama seperti Najib.

2. REMPOH PINTU DEWAN
- Yang diviralkan oleh Penyokong Tun ialah rempuhan Ali Tinju seorang yang dikatakan tidakpun menjejaskan keselamatan. Ini bukan rempuhan yang dimaksudkan oleh penganjur (Rujuk Video https://youtu.be/VHJ6cAwJltc ). Rempuhan yang dimaksudkan ialah rempuhan beramai-ramai Penyokong Tun termasuk oleh seorang Exco Pemuda UMNO, Sdr Ibdil Ishak sebaik sahaja berita pembatalan program tersebut diterima. Saya nampak beliau merempuh Sdr Lokman Adam yang berada di pintu utama Dewan Tun Hussein Onn.

- Memang saya memberi Sdr Ibdil kad Jemputan dan memang benar Sdr Ibdil memang telah memasuki dewan sepertimana paparan instagram beliau. (rujuk Gambar). Persoalannya, kenapa beliau keluar dan menyertai kumpulan yang merempuh masuk. Dalam paparan instagram itu juga, Ibdil sendiri mengakui beliau berada dibahagian depan kumpulan yang merempuh masuk. Persoalannya, jika ianya sekadar kebetulan, kenapa bila group Tun M tawan pentas utama, beliau juga berada di atas pentas?(Sila rujuk Gambar Dilampirkan).

3. PEMBATALAN PROGRAM

- Dialog PM bersama NGO hari ini telah dibatalkan oleh Ketua Polis Negara atas sebab keselamatan. Pihak polis telah mengesan bahawa ramai penyokong Tun M telah digembling oleh Kelab Che Det untuk hadir. Penganjur tidak melarang mana-mana pihak untuk hadir. Pada pendapat pihak Polis, jika Tun Mahathir hadir dan beliau tidak dibenarkan berucap, penyokong beliau sudah pasti tidak akan berpuas hati. Persoalannya, Program ini dialog PM Bersama NGO, bukan Debat. Ini pastinya akan menimbulkan kekecohan bila mana Penyokong Tun M pasti menjerit terhadap penganjur dan PM. Kata-kata terhadap PM, sudah pasti tidak akan dibiarkan oleh penyokong PM pula. Bagi mengelakkan suasana tegang, IGP Telah membatalkan program dan meminta PM untuk tidak hadir. Kalau PM ingkar dan hadir tadi, sudah pasti mereka akan kata PM tunjuk contoh yang tidak baik dengan mengingkari arahan IGP pula.

4. HIJACK

- Sebaik merempuh masuk, Tun M dan Penyokongnya kemudiannya telah mengambil alih pentas utama dan bukan duduk di kerusi yang disediakan untuk beliau dibawah (Rujuk Gambar Dilampirkan).

- Bila suasana di bahagian depan dewan dan pentas utama menjadi tegang akibat dipenuhi penyokong Tun Mahathir, akhirnya Dato Khairul telah mengarahkan MC mengumumkan pembatalan program dan membenarkan Tun M berucap. Kalau Sukaguam tidak membenarkan Tun M berucap tadi, penyokong Tun M pasti memberontak.

5. BENARKAH MIC DIRAMPAS

- Tidak lama selepas Tun berucap, pihak Polis telah naik ke atas pentas dan berbisik cara baik dengan Tun supaya beliau berhenti berucap kerana arahan pembatalan program oleh IGP (sila Rujuk Video). Tiada rampasan MIC berlaku. Tun M kemudiannya telah mengadakan sidang media di atas Pentas Utama tersebut selama lebih kurang setengah jam.

Sent from my iPhone

Friday, June 5, 2015

Bantuan kemanusiaan : FGV sumbang RM120,000



Isu pelarian Rohingya yang majoriti beragama Islam mendapat perhatian daripada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV). Namun bukan isu agama semata-mata tetapi apa yang SL ingin sampaikan adalah soal kemanusiaan dan sikap keprihatinan satu-satu organisasi / NGO / badan korporat.

Monday, June 1, 2015

SPAD : Berita baik buat pengguna keretapi Gemas - Gua Musang


Banjir teruk sekitar bulan Disember 2014, mengakibatkan infrastruktur pengangkutan awam negara kita terjejas teruk - antaranya ; kerosakan landasan keretapi.

Landasan keretapi yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu laluan Gemas - Tumpat melibatkan 79 lokasi dengan anggaran kerugian RM350 juta. Dalam masa sama kerajaan persekutuan turut memperuntukkan RM200 juta sebagai komitmen awal.

Sehubungan itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini yang berjanji untuk menyelesaikan masalah itu, menunaikan janji mereka.