AdSense

Friday, June 26, 2015

Tiong Lai : Faktor WOW diyakini tarik minat pelancong China


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyambut baik intipati cadangan pengecualian visa terhadap pelancong China.

Katanya, antara faktor yang menghalang minat pelancong China untuk datang ke Malaysia adalah kerana proses permohonan visa yang memakan masa. Selain daripada itu, dengan inisiatif pengecualian visa ini berupaya memberika faktor 'wow' bagi menarik minat pelancong ini ke Malaysia.


Dalam masa sama, Tiong Lai turut yakin bahawa angka pelancong dari China ini akan meningkat.


Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan di Parlimen baru-baru ini, antara lain telah membincangkan cadangan strategi 'QUICK WINS' untuk menangani dan mengatasi penurunan dalam ketibaan pelancong dan juga kepada prestasi pelaksanaan 'Tahun Malaysia Perayaan 2015 (MyFEST 2015).

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 8.6 peratus dalam bilangan ketibaan pelancong pada suku pertama tahun ini berbanding tahun lepas untuk tempoh yang sama daripada 7.091 juta kepada 6.482 juta.

Dalam peratusan, pelancong Finland telah menurun pada 30.1 peratus, berikutan dengan pelancong dari Sri Lanka pada 28 peratus, China penurunan sebanyak 27.1 dan Australia turun kepada 22.7 peratus. Pelancong dari China merupakan jumlah yang terbanyak walaupun telah merosot daripada 520,466 kepada 379,265.

No comments:

Post a Comment