AdSense

Friday, June 26, 2015

@NajibRazak : Ingat jasa dan pengorbanan anggota keselamatan


Ramai yang terharu apabila terlihat anggota keselamatan negara berbuka puasa di tempat kerja.

Namun itulah realitinya... Perasaan sebak itu sudah lali dengan anggota keluarga mereka... Bukanlah suatu perkara yang menghairankan...

Mereka, anggota keselamatan negara tanpa mengira waktu, sentiasa menjaga keselamatan negara.


Sebab itu, jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara perlu dikenang dan diingati.

Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jasa mereka cukup besar iaitu memastikan keselamatan negara terus dijaga.

"Anggota keselamatan kita sentiasa bersiap-sedia bagi memastikan kita semua dapat tidur dengan lena.

"Saya juga teringat pada anggota pasukan keselamatan negara yang tidak dapat berbuka dengan keluarga ketika menjalankan tugas menjaga keselamatan negara.

"Selasa lalu saya telah membuat keputusan untuk berbuka puasa dengan anggota tentera dan ketika berbuka, saya dapat melihat kesedihan di wajah mereka kerana tidak dapat bersama keluarga semasa bertugas untuk negara,"

Terima kasih #ATM #PDRM #RELA  #IMIGRESEN #KASTAM dan semua pasukan keselamatan negara yang berkorban demi menjaga kedaulatan negara kita Malaysia.

No comments:

Post a Comment