AdSense

Friday, June 26, 2015

PENDEDAHAN!!! Pengakuan Xavier Justo dan dokumen berkaitan #1MDB


Pengakuan terbaru Xavier Justo, pemeras ugut PetroSaudi dan pembocor maklumat Sarawak Report.

Media melaporkan ;

Beberapa rakyat Malaysia boleh diekstradisi ke Bangkok untuk membantu siasatan terhadap dakwaan berkaitan kebocoran dokumen oleh bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata individu tersebut dipercayai meminta Justo untuk memanipulasi fakta tertentu ke atas maklumat kepada Sarawak Report seperti yang diberitahu warganegara Switzerland itu semasa soal siasat oleh pihak berkuasa Thai.


Katanya, pihak berkuasa menerima maklum balas awal bahawa rakyat Malaysia boleh dipanggil bagi membantu siasatan walaupun tiada permintaan rasmi melalui saluran diplomatik atau menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengekstradisi individu tersebut ke Bangkok.
"Dalam soal siasat, Justo menyebut nama beberapa rakyat Malaysia yang kononnya memintanya untuk memanipulasi fakta daripada maklumat yang dimuat turun dari sistem komunikasi PetroSaudi

"Sekiranya pihak berkuasa Thailand mempunyai maklumat yang cukup, kebarangkalian proses ekstradisi rakyat Malaysia tidak akan timbul sementara itu, kita akan mengetahui siapa individu tersebut, sekiranya permintaan itu dilakukan," katanya (Mstar Online)

Siapakah individu-individu rakyat Malaysia tersebut?

Dan apakah hubungan mereka dengan Xavier Justo, pemeras ugut PetroSaudi dan pembocor maklumat kepada Sarawak Report itu?

Dalam masa yang sama, dokumen-dokumen yang dipaparkan oleh Sarawak Report juga telah dipertikaikan ketulinannya.



KLIK pautan ini untuk melihat pendedahan seterusnya

No comments:

Post a Comment