AdSense

Friday, June 26, 2015

Pelancaran pakej pelancongan 'Ibrah di Bumi Anbiyya' #FeldaTravel


Satu pakej pelancongan terbaharu pada tahun ini dikenali sebagai 'Ibrah di Bumi Anbiyya', dilancarkan oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Anak syarikat #FELDA iaitu Felda Travel mengunjurkan seramai 120 orang mendaftar bagi setiap pakej pelancongan terbaharu itu, yang akan bermula dari September tahun ini.


Kata Ketua Pegawai Eksekutif Felda Travel Nora Azmin Radzuan, ia juga bergantung kepada ketersediaan penerbangan.

'Ibrah' yang bermaksud pengajaran ini menawarkan lima destinasi iaitu Jordan-Petra-Baitulmuqaddis, Turki-Urfa-Adiyaman, Sepanyol-Morocco, Mesir dan Uzbekistan.

Sementara harganya pula bermula dari RM5,888 (Uzbekistan), RM6,888 (Turki), RM7,888 (Sepanyol-Morocco), RM7,888 (Mesir) dan RM7,888 (Jordan-Petra-Baitulmuqaddis).

Tambah Nora Azmin, selain melihat tinggalan sejarah di tempat-tempat yang dilawati, pelancong yang mengikuti pakej ini juga akan memperoleh pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat dibeli.

Dalam masa sama, pakej tersebut memberi tumpuan kepada pengajaran dalam setiap perjalanan, makanan halal dan penjagaan waktu solat.

Buat pengetahuan pembaca, Felda Travel ini ditubuhkan pada tahun 1983 dan pernah meraih beberapa anugerah daripada syarikat penerbangan termasuk Anugerah Diamond daripada MAS,

'Outstanding Performance' daripada Etihad dan anugerah 'Top Agent' daripada pihak Abacus.

No comments:

Post a Comment