AdSense

Thursday, June 25, 2015

Jika rakyat Malaysia – Tahukah anda prinsip Rukun Negara?


Sebagai warganegara Malaysia, kita bukan sekadar hanya tahu menyanyikan lagu Negaraku… Tetapi juga harus mengetahui serta memahami prinsip rukun negara. Baharulah digelar warganegara sejati yang cintakan negaranya. – Bukannya pendatang.

Sebab itu sejak dibangku sekolah lagi kita dididik mengenai prinsip rukun negara bertujuan memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat majmuk dalam negara. Selain itu, ia bagi mengekalkan suasana harmoni dan makmur serta memelihara tradisi serta budaya.
Buat warganegara yang kian lupa, berikut merupakan rukun negara Malaysia ;
1. Percaya kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan
Meskipun demikian, kemunculan beberapa isu yang melibatkan masyarakat majmuk mula menimbulkan persoalan, apakah pihak terbabit benar-benar memiliki status warganegara Malaysia yang mengerti akan rukun negara?
Misalnya ‘kekecohan’ yang berlaku pada 8 Jun baru-baru ini. Seorang wanita berusia bernama Suzanna G.L. Tan ketika berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju.
Kelihatan cukup menawan apabila mengenakan pakaian berwarna merah jambu dan skirt paras peha iaitu tidak melebihi lutut. Sedia maklum, mana-mana agensi termasuk JPJ telah meletakkan kod pemakaian kepada pelawat, sejak sekian lama.
Tetapi, wanita ini menunjukkan sikap angkuhnya apabila enggan menerima kesilapan sendiri dan telah bertindak menyebarkan gambarnya di laman sosial, Facebook. Mungkin bertujuan meraih perhatian dan sokongan. Ternyata, beliau berjaya mencapai cita-cita setelah gambarnya dengan mudah menjadi viral di laman sosial.
Sementara pada 16 Jun pula, di Hospital Sungai Buloh, gambar seorang wanita yang memakai tuala mandi dan sedang tersenyum tersebar di laman sosial. Manakala sekeping lagi gambar menunjukkan beliau memakai seluar pendek paras peha. Dimuatnaik oleh dirinya sendiri di akaun Facebook bernama ‘Nisha Daddygal’
Namun yang demikian, Pengarah hospital Dr Khalid Ibrahim terpaksa tampil tunduk dengan mengeluarkan kenyataan maaf pihak hospital – sekalipun terpampang jelas papan tanda mengenai kod pemakaian di kawasan itu yang tidak membenarkan pemakaian seluar pendek yang tidak melepasi paras lutut.
Pada 22 Jun, perkara sama berlaku terhadap dua orang wanita termasuk seorang wartawan New Straits Times, C. Premananthini. Kejadian itu berlaku di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam, Selangor.
Justeru itu, SUK, Datuk Mohamed Khusrin Munawi ketika ditemui pemberita menjelaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan supaya mana-mana orang awam yang mengenakan pakaian mencolok mata diberikan kain sarung untuk menutup bahagian yang terdedah.
Walau bagaimanapun katanya, notis tentang kod etika berpakaian bagi urusan rasmi ada ditampal di bangunan berkenaan.
Ketiga-tiga insiden ini berlaku hanya dalam tempoh satu bulan. Seakan-akan ‘serangan’ bertalu-talu. Apakah ini isyarat bahawa kod etika pemakaian yang digunapakai hari ini sudah tidak relevan dan kolot? Sekaligus berupaya ‘memadamkan’ rukun negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan?. 25/06/2015 - Sumber

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete