AdSense

Monday, June 8, 2015

30 rangka mayat lagi ditemui di Wang Kelian


Sebanyak 30 rangka mayat berkafan dibawa turun dari kawasan perkuburan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Bukit Genting Perah, Wang Kelian, Perlis, pada jam 2.35 petang semalam.

Ia menjadikan angka keseluruhan setakat semalam berjumlah 99 rangka mayat yang ditemui.


Terdahulu, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada pasukan forensik, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Siasatan Jenayah telah menemui 40 liang kubur.

30 kubur mengandungi rangka mayat berkafan sementara 10 lagi kubur didapati kosong.

Pada jam 5.27 petang, kesemua 30 rangka mayat berkenaan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah untuk autopsi.

Dalam perkembangan sama, PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka mayat di lain-lain lokasi yang telah dikenalpasti.

No comments:

Post a Comment