Monday, June 8, 2015

#SPAD perkenal 20 bas GoKL baharu - manfaat buat pengguna, tumpuan di pusat perniagaan


Soal keselesaan penumpang pada waktu puncak kini tidak lagi menjadi permasalahan terutamanya kepada warga kota. Ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperkenalkan 20 bas GoKL yang baharu.

Dalam masa sama ia dapat meningkatkan perhubungan di kawasan pusat perniagaan apabila laluan yang digunakan meliputi kawasan tumpuan utama.


Selain mempunyai kapasiti penumpang sehingga 65 orang penumpang, ia turut dilengkapi dengan internet WiFi,  tempat kerusi roda, ‘ramp’ (laluan pemudah untuk kerusi roda memasuki bas) dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU.

Sementara aspek keselamatan pula, bas yang baharu ini dilengkapi dengan 4 kamera CCTV, sistem audio yang digunakan untuk membuat pengumuman kesemua hentian atau destinasi serta sistem penjejakan GPS.

Bas baharu GoKL ini akan menggantikan bas yang telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah daripada 1 Mei 2015.

Untuk makluman pembaca, perkhidmatan bas GoKL ini diperkenalkan pada tahun 2012 dengan dua laluan dikenali laluan Hijau dan Ungu. Ia beroperasi sepanjang laluan KLCC - Bukit Bintang dan Pasar Seni - Bukit Bintang.

Ia kemudiannya dipertingkatkan dengan pengenalan laluan Biru dan Merah pada tahun 2014. Perkhidmatan laluan Merah adalah dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke KL Sentral dan mempunyai 21 hentian. Sementara laluan Biru bermula dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang dan mempunyai 20 hentian.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, kewujudan 70 hentian sepanjang laluan GoKL ini sekaligus berupaya meningkatkan kesinambungan pengangkutan buat para pengguna.

"Ini termasuk stesen-stesen LRT dan KTM Komuter di dalam bandar dan menjadi sebahagian daripada integrasi sistem pengangkutan awam. Sehingga kini, Kerajaan, melalui SPAD, telah melabur RM28.4 juta bagi pengoperasian perkhidmatan bas GoKL. Perkhidmatan bas percuma GoKL diadakan sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat.

Dianggarkan 27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian GoKL dan dengan 20 bas baharu ini, SPAD berharap jumlah penumpang akan terus meningkat,” katanya.

Sehubungan itu, bersempena dengan pengenalan bas baharu tersebut, SPAD mengumumkan peraduan #GoKLNow bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan bas percuma GoKL.

Maklumat tambahan mengenai peraduan yang bermula dari 1 Jun sehingga 26 Jun 2015 ini boleh didapati di laman Facebook SPAD (facebook.com/SPAD.my).

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete