AdSense

Monday, June 8, 2015

Restoran Felda D'Saji kedua di Mekah


Jika pada Disember 2013 lalu, Restoran Felda D'Saji memulakan operasi perniagaan mereka di Menara al-Safwa yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram.

Semalam 7 Jun 2015, satu lagi restoran sama dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Restoran Felda D'Saji cawangan Jeddah yang terletak di Tahlia Street menjadikan ia sebagai cawangan kedua di Mekah.


Tahlia Street, menjadi pilihan jenama-jenama terkemuka dunia. Ia juga menjadi kawasan komersial paling eksklusif di Arab Saudi.

Menurut Pengarah Eksekutif Kanan Felda D'Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah, restoran Felda D'Saji cawangan Jeddah terletak di dalam bangunan yang disewa sendiri.

Dilengkapi dengan 112 tempat duduk, sekaligus menjadi daya tarikan pelanggan bukan sahaja dari Malaysia dan Asia bahkan juga dari seluruh dunia. Apatah lagi Jeddah merupakan pintu masuk ke Arab Saudi.

Kata Ahmad Zaki, sebanyak RM2.5 juta disasarkan bagi perolehan setahun menerusi konsep 'fine dining'.

Sambutan dilihat cukup menggalakkan sejak dibuka 1 Mei lalu dan berjaya menarik purata sehingga 4,000 hingga 5,000 orang melibatkan pelanggan tempatan dan asing. Angka itu dijangka meningkat menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment