Tuesday, June 23, 2015

PENUBUHAN SAYAP ISLAM PROGRESIF DALAM DAP


Ini hanya cadangan saya selepas bincang dengan kawan-kawan media mengenai penubuhan parti baru dari kumpulan pemimpin #PAS yang kalah dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu.

Dari pandangan kasar kami, parti baru dari kumpulan orang kalah ia tidak memberi impak kepada politik di peringkat nasional.

Dilema kumpulan yang hendak tubuh parti baru ini ialah kesukaran mencari sokongan, persoalannya siapa menyokong mereka selain dari kumpulan atau geng mereka yang tewas bersama-sama dan faktanya adalah kumpulan ini sudah ditolak oleh majoriti penyokong PAS apatah lagi #UMNO.





Kumpulan ini hanya mendapat sokongan daripada #DAP / #PKR / media pembangkang bukan daripada orang Islam / media orang Islam, persoalan lain adalah siapa hendak jadi pemimpin dan siapa pula yang hendak dipimpin?

Jika ia ditubuhkan dan bertanding PRU, di kawasan manakah ia hendak mencuba nasib, untuk kerusi PRU, PAS DAP dan PKR sudah ada persefahaman pembahagian kerusi dan jika ia hendak langgar PAS punya kawasan, ia sudah jadi tiga penjuru, dan sudah tentu ia akan memberi kelebihan pada UMNO/BN.

Ketika Datuk Mat Nasir tubuh BERJASA (1977) Datuk Asri tubuh HAMIM (1983), Anwar Ibrahim tubuh PKR (1999) semua mereka disingkir dari parti masing-masing bukan kalah.
Yang kalah bertanding tubuh parti ni hanya Datuk Nalakaruppan parti MUIP (2010) dan Datuk Zaid Ibrahim yang tubuh Parti KITA (2012).

Berikutan itu, pandangan saya adalah lebih elok untuk kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS ini masuk DAP secara blok, minta diwujudkan satu sayap khas Islam Progresif dalam DAP.

Ini boleh dibuat dengan mempelajari bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) menubuhkan Rejiment ke 10 untuk tarik sokongan Melayu/Islam.

Menyertai DAP segara blok adalah pilihan terbaik dari segala segi untuk kumpulan yang kalah dalam PAS meneruskan perjuangan mereka.

Ia akan memberi warna baru pada DAP, sasterawan negara Datuk Samad Said tak cukup Islam/muda untuk menarik sokongan massa, tak pandai ceramah macam Mat Sabu, tak berfikiran strategik macam Datuk KJ, tidak aktivis macam Mazlan Aliman dan tidak sepetah Hanipa Maidin berhujah.

Kerana itu, sempena Ramadan ini, saranan saya kepada kumpulan yang kalah dalam Muktamar lalu, supaya pertimbangan secara serius dan mendalam penubuhan sayap Islam progresif dalam DAP seperti Rejiment ke10 dalam PKM. Ia berbaloi untuk dicuba.

-ayathelme-
22/6/2015
5 Ramadan 1436H

3 comments:

  1. Islam progreif tu islam apa ye? Ikut al quran atau quran ikut dia...tafsir suka2...sokong hudud atau tentang hudud?...kalimah allah boleh guna dalam gereja ke?.cukuplah PAS dulu guna agama.....ini nak guna lagi...semua nak tipu org utk dapat kuasa....macam dajal lah kalian....

    ReplyDelete
  2. nape tak tubuh parti murtad teruih..

    ReplyDelete
  3. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete