AdSense

Wednesday, January 30, 2013

Nik Aziz nak Lawan Peneroka?


Peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT ) di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak Kerajaan Pas Kelantan agar tidak menjadi jaguh dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah di kawasan berkenaan.

Bantahan tersebut diadakan di Jalan Utama menghala ke Kesedar Lebir di sini yang menjadi laluan utama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Majlis Penyampaian Geran Tanah Hak Milik Tapak Rumah kepada 82 peneroka kawasan tersebut.

Bagaimanapun keadaan menjadi kecoh apabila dua buah kereta pacuan empat roda yang mengetuai rombongan Menteri Besar itu telah bertindak menghalang peserta bantahan yang berkumpul di kawasan itu. 

Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang hasrat para peserta yang berkumpul itu daripada bertemu Nik Abdul Aziz yang tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz dan terus memecut laju tanpa menghiraukan mereka.  SUMBER

Tuesday, January 29, 2013

Kerajaan PR di Selangor memang ZALIM !!!

Kerajaan pakatan rakayat di Selangor ni memang zalim pun...
Sudah banyak terbongkar perkara-perkara yang depa buat menzalimi hak rakyat.
Depa ni sejak memerintah, tindas rakyat saja, asalkan kuasa, poket depa penuh...
Apa video ini BESI jugak ke apa???


PAS menuju kehancuran. Hassan Ali sudah jangka ulama diperlekeh !

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman.

Pemecatan daripada ahli Majlis Syura tidak memeranjatkan. Dari awal sudah kelihatan tanda-tanda ke arah itu. Nasha dilabel sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir di bumi Palestin.

Sumber : KLPOS
Hasan Ali : Usaha Fadzil Noor Asah Kepimpinan Nasha Kecundang www.goo.gl/fb/CEpYF

Sudah sampai masanya para ulama dan akar umbi memandang serius perkara ini.

Kumpulan Anwarinas yang mengagungkan budaya pluralisme dan LGBT ini sedang berjaya merakus perjuangan asal dalam PAS.

Jika PAS terus dengan sikap 'YES SIR' maka tiada apa lagi yang PAS boleh banggakan dengan nama Islam. Sebuah parti yang hanya mementingkan kuasa semata-mata.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 28, 2013

Kenyataan Nik Aziz paling sempoi !!!

Nik Aziz sudah tua, belum puas lagi ke nak pegang kuasa?

Semakin hari semakin nyanyuk sahabat kepada syaitan ini.

Diminta mengulas mengenai pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam Majlis Syura, Pok Nik dengan nada angkuh irama DAP menjawab,

"Sedangkan suami isteri bercerai"

Mudah, semudah A,B,C.
Alasan PAS sebelum ini depa cakap Nasha tak hadir mesyuarat la itu la ini laa...

Hakikat sebenar, PAS tak merestui perjuangan Nasha mendaulat Islam.

Semua sedia maklum, Nasha akan bersama siapa sahaja sambil menolak perbezaan fahaman politik, dalam urusan memartabatkan Islam.

Sebab itu sejak kebelakangan ini Nasha kelihatan secara terbuka bersama kerajaan pusat dan kepimpinan Barisan Nasional.

Jelas, apabila diputuskan Nasha dipecat, membuktikan PAS sanggup melakukan apa sahaja waima ahli mereka itu memperjuangkan Islam, bahkan pro ulamak !

Hadi Awang dan Nik Aziz harus bertaubat !

PAS kini menuju KEHANCURAN !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS kini boleh berGEMBIRA!!! Gejala Islam Murtad semakin PARAH!



Nampaknya PAS berjaya membuatkan orang bukan Islam semakin bertambah keliru mengenai sensitiviti umat Islam.

Dari kes Damansara Utama Church yang menyaksikan Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali terus dipecat kerana memperjuangkan akidah umat Islam.

Dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, mengenepikan keputusan Majlis Syura, jelas menunjukkan PAS kini dikuasai DAP dan pejuang pluralisme, Al Jubs.

Sampai bila PAS diperkudakan DAP dan Al Jubs?

Hadi Awang dan Nik Aziz harus bertaubat !



Gambar ihsan Afiq KLtown

GUGUR : Jawapan Nasha

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.

Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak.

Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.

Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.

Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

- Nasharudin Mat Isa
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

VIDEO : Lawatan Kemanusiaan ke GAZA, NGO BERSUARA !!!


PAS Tolak Ulamak. Hadi dan Nik Aziz perlu bertaubat!

Alasan parti, Nasharudin Mat Isa telah melanggar peraturan.

Keputusan dibuat setelah lebih setahun.

Sebelum ini Nasha kerap dilihat mendampingi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan UMNO terutamanya dalam isu Islam.

PAS yang lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup membuang ahli berhaluan ulamak, utamakan ahli-ahli mereka yang pro Anwarinas.

Mat Sabu tulang belakang kepada Anwar Ibrahim dan komunis DAP adalah suara utama dalam PAS, bukan Hadi ataupun Nik Aziz.

Kumpulan ulamak dalam PAS kini semakin dihakis sedikit demi sedikit.

Harun Din perlu lakukan sesuatu jika benar ikhlas perjuangkan ahli ulamak dalam PAS!

Hadi Awang dan Nik Aziz PERLU BERtAUBAT!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 27, 2013

Najib Pulang : Akhbar Tempatan 'sabotaj', PR hirup kesempatan

Pembangkang sudah kecut perut. Dengan kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari bumi Gaza, Palestin, maka pembangkang menyambut Lawatan Kemanusiaan bersejarah ini dengan perkara jijik.

Hakikatnya, sebaran akhbar tempatan yang ternyata cuai dalam urusan percetakan tidak boleh dipandang ringan!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Doa Rakyat Malaysia iringi Perdana Menteri

Syukur Alhamdulillah, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak hari ini selamat pulang ke Malaysia.
Berkat doa rakyat Malaysia yang tak putus-putus mengiringi Najib, Isteri DS Rosmah Mansor dan rombongan yang mengadakan lawatan kemanusiaan di Gaza.

Keberanian Najib dan Isteri menjejakkan kaki ke bumi dilanda perang ini disanjung tinggi rakyat Malaysia malah tidak terkecuali pemimpin dunia yang lain.



Kelantangan Najib yang mengecam tindakan Israel ke atas penduduk Gaza, Palestin, satu kenyataan yang dibuat beliau di bumi Palestin, menggoyahkan sesetangah pihak yang terkedu dengan keberanian Perdana Menteri kita ini.

Syukur sekali lagi dengan kepulangan Najib dan isteri serta rombongan.
Sesungguhnya perjuangan Perdana Menteri kita ini tidak mengenal sempadan benua.

Petikan media :

"Setiap ucapan saya (di sana), saya mesti sebut sebagai lawatan kemanusiaan. Bukan saya nak campur tangan, bukan untuk menyebelahi pihak tertentu.Kalau mereka tidak menubuhkan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas, saya beritahu mereka ini mesti dilakukan (perpaduan). Saya berjumpa Presiden Mesir, saya suruh bantu Palestin. 

"Jika mereka (Palestin) tidak bersatu, segala-galanya akan berakhir dengan kehampaan. Ingatlah bahawa tunjang segala-galanya adalah perpaduan. Perpaduan adalah tonggak kepada segala-galanya" kata Najib dihadapan kira-kira lebih 7 ribu hadirin yang menyambut kepulangan beliau dan isteri serta rombongan Malaysia ke Gaza di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. SELANJUTNYA

Saturday, January 26, 2013

Najib bina landasan kukuh untuk Malaysia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas pulang selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan di bandar peranginan ski, Davos.

Mereka diiringi ke lapangan terbang oleh Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Ho May Yong. Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isterinya meninggalkan Zurich ExecuJet Terminal pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu.

Najib telah mengetuai delegasi Malaysia peringkat tinggi yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, pemimpin korporat dan para pegawai sektor swasta ke acara lima hari yang berakhir pada hari Ahad (27 Jan).

Perdana Menteri telah menggunakan tema WEF tahun ini iaitu "Resilient Dynamism" sebagai platform untuk memperlihatkan pertumbuhan dan peluang ekonomi Malaysia yang rancak meskipun perlu berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global sejak beberapa tahun lepas.

Dalam mesyuarat dua hala dan bersemuka yang dijadualkan bersama-sama dengan pemimpin politik dan peneraju industri, Najib, yang juga menteri kewangan, telah membina satu landasan yang kukuh untuk Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan, perdagangan, pendidikan dan pelancongan di Asia

Sumber : KLPOS

VIDEO : Terharu dengan Datin Seri Rosmah Mansor...

Pembangkang tetap juga akan memperlekehkan apa jua tindakan yang dilakukan isteri Perdana Menteri ini.
Rosmah Mansor begitu prihatin kepada kanak-kanak dan wanita baik dalam mahupun luarnegara.
Pihak pembangkan sedaya upaya untuk memberikan persepsi negatif terhadap Rosmah Mansor, kerana beliau isteri kepada Perdana Menteri.

Walauapapun, Rosmah tetap dengan cara beliau, memperjuangkan nasib kanak-kanak dan wanita.
Beberapa hari lepas, Rosmah turun padang bersama Perdana Menteri, menjejak kaki di bumi Palestin!
Begitu berani dan tanpa rasa gentar mereka bersama rombongan dari Malaysia untuk turun membantu rakyat yang ditindas kejam rejim zionis Israel!

Syukur dan syabas buat Najib Razak dan isteri serta rombongan yang ke Gaza baru-baru ini kerana sanggup berdepan risiko bagi memperjuangkan hak rakyat Palestin yang majoriti orang Islam.


Friday, January 25, 2013

Anwar Oh Anwar... Hanya dia saja yang betul... Malaikat kah dia?


Ketua pembangkang itu turut membandingkan kesilapan Perdana Menteri terhadap Fatah dengan Presiden Mesir, Mohammaed Morsi dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdorgan yang mengiktiraf kedua-dua Hamas dan Fatah. 

“Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” katanya kepada pemberita merujuk kepada Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

 Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden PKR Tian Chua, Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali, dan Penyelaras Keadilan Wangsa Maju Datuk Dr. Tan Kee Wong. Selanjutnya

Sunday, January 20, 2013

FITNAH - Pemimpin PR terduduk kantoi...


Pembangkang ni mana taw apa...
Fitnah fitnah dan fitnah aja...
Depa ni sudah kemaruk sangat nak rampas Putrajaya...
Sampai sanggup membuat dosa baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam.
Cara jijik fitnah ini semakin merebak luas dalam parti pembangkang DAP PKR dan PAS.
Astagfirullahalazim...

Kerajaan Jepun meminta Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan palsu itu .

Perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan Jepun kepada Malaysia. Datuk Seri Ahmad Husni juga memaklumkan pihak yang terbabit juga telah memalsukan memo yang dikeluarkan pegawai perbendaharaan negara.

 Nizar dalam laman 'twitter' beliau seolah-olah cuba memberikan respon berhubung perkara ini dengan mengeluarkan 'posting' yang dilihat agak terpesong dengan kenyataan asal beliau mengenai pampasan berjumlah RM 207 billion . Selanjutnya klik di sini

Saturday, January 19, 2013

Kerana PAS, PKR, Bible di edar secara terbuka kepada budak sekolah?



ANTARA PUNCA-PUNCA semakin banyak berlaku kejadian melibatkan akidah umat Islam dalam negara kita...

Sejak PAS, PKR dan DAP bergabung dalam satu nama PAKATAN...

Orang Islam dalam PAS, PKR tidak mampu pertahankan agama Islam ;
1 - Kalimah Allah
2 - LGBT
3 - Pluralisme
4 - Rendah moral (begitu banyak skandal seks melibatkan pemimpin PR)
5 - Terlalu taksub pada ajaran selain Al Sunnah Wal Jamaah sehingga menafikan hukum sedia ada.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail, berkata perbuatan dipercayai dilakukan oleh kakitangan gereja itu menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. Beliau berkata, pihaknya percaya ia sengaja dilakukan untuk mencabar kesabaran umat Islam selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dalam perutusan sempena Hari Krismas, baru-baru ini. 

Katanya, sejak lebih 50 tahun negara merdeka, kejadian penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam tidak pernah berlaku tetapi ia mula timbul sejak Kerajaan DAP Pulau Pinang dipimpin Guan Eng mula memerintah. Selanjutnya

Friday, January 18, 2013

Fitnah cincin : Biar pembangkang buat dosa - Rosmah


 "Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit. "Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. Sumber : KLPOS http://www.klpos.com/ekslusif/36921-saya-bersumpahsaya-tiada-cincin-itu-rosmah-

Thursday, January 17, 2013

Bantuan Rm100 : Syukur Alhamdulillah...

Rata-rata murid sekolah dilihat begitu gembira dengan bantuan RM100 yang diberi oleh kerajaan Malaysia.
Sememangnya kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak begitu prihatin kepada rakyat.
Bantuan ini juga lah yang dimainkan pembangkang.
Pembangkang yang tidak mampu untuk menunaikan janji hanya boleh melihat saja kejayaan Barisan Nasional hari ini.

Sumber Gambar


BN dewasa ini kembali pulih dalam menggerakkan negara ke arah yang lebih baik.
Pembangkang tiada cara lain untuk menidakkan usaha murni kerajaan BN selain daripada cara menghasut rakyat ke jalanraya.

Sifat kebencian yang cuba ditanam oleh bapa-bapa pembangkang kepada anak-anaknya kini kurang mendapat sambutan dek kerana arus peredaran zaman yang membuktikan Malaysia antara negara yang terbaik di seluruh dunia.

Ekonomi, pendidikan, sosial kemasyarakat dan lain-lainnya membuktikan Malaysia sebuah negara stabil, harmoni dan positif.

Persepsi buruk yang dimainkan pembangkang yang kononnya BN sebagai sebuah kerajaan zalim nampaknya kurang mendapat sambutan kerana rakyat kini sedar yang mana kaca, yang mana permata...




Kerajaan Selangor Pimpinan Khalid Ibrahim terlalu degil !

Hak rakyat pun depa ni sanggup nafikan...
Mereka ni tak mampu nak tadbir negeri dengan lebih baik...
Sudahlah tak mampu, berlagak ego pula...
Ini dinamakan sebagai, 'Bodoh Sombong'


Wednesday, January 16, 2013

ANWAR Gentar, BATAL saman ke atas KJ

Zaman Ketuanan Anwar semakin hampir kepada zaman kegelapan.
Anwar sudah semakin goyah dengan bayang-bayang sendiri.
Segala hak kebebasan yang selama ini kononnya dilaungkan, hanya jeritan di tepi jalan saja.
Benar kata Dr M, Anwar laung kepada hak kebebasan bersuara.
tetapi Anwar dalam masa sama akan menyekat setiap individu yang bersuara menentangnya...

Sebelum ini gempar dibuatnya yang berlagak menfailkan saman ke atas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Kononnya, Khairy atau dikenali dengan panggilan KJ ini membuat fitnah ke atas dirinya (Anwar)
Terdahulu, KJ yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO, yang kononnya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Terbaru, kes saman RM100 juta yang difailkan Anwar terhadap KJ pada 7 September 2007, ditarik balik !

KINI amat jelas !
1. Anwar hanya pandai laung kebebasan bersuara tetapi dalam masa sama menyekatnya.
2. Anwar semakin goyah dan takut pada bayang-bayang sendiri.
3 Anwar sedar zaman 'Ketuanan Anwar' menuju zaman kegelapan.
4. Anwar akui UMNO dan BN mampu perintah negara dengan lebih baik dan PR bankrap isu.
5. UMNO / BN akan menang besar PRU13 nanti.

"Kami Rayu Janji Kerajaan Negeri..."


"Saya begitu kecewa dengan Kerajaan Negeri kerana gagal menunaikan janji manifesto pilihanraya yang lalu," demikian luahan salah seorang penduduk Kampung Batu 7, Jalan Kebun ketika dikunjungi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) dan Pemuda Barisan Nasional (BN).

Kefli Mohd Nor, 60, mendakwa dirinya telah ditipu oleh Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim setelah menanti bantuan dan sumbangan yang dijanjikan sejak Pakatan Rakyat berjaya menawan Negeri Selangor.

 

Beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menjalani kehidupan sukar setelah menyewa rumah sejak 22 tahun yang lalu bersama 5 orang anak. Kefli juga menetap bersama 2 buah keluarga lain yang turut melibatkan individu berstatus Orang Kurang Upaya (OKU). Baca Selanjutnya

Kalimah Allah - Mat Sabu tarik balik pendirian, Hadi Awang?


Berat ni...
Presiden PAS Hadi Awang yang benarkan kalimah Allah diguna oleh bukan Islam adalah satu perkara yg tdk pernah trfikir akan dlakukan oleh seorang presiden parti!

Tindakan Hadi dan PAS yg membelakangi Majlis Syuraa Ulama PAS ini bukan isu remeh. ini sudah cukup mbuktikan PAS sanggup lakukan apa saja demi undi kaum bukan Islam waima terpaksa gadai agama Islam itu sendiri.

Dan semalam tiba tiba kedengaran suara putar belit Mat Sabu yg pegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS yang menukar pendirian kepada menyokong keputusan Majlis Ulama PAS.

inilah contoh pemimpin PAS PIS PUS yg tidak tetap pendirian. kerana takut kpd Anwar dan Kit Siang maka Islam terpaksa digadai.

Baguslah Mat Sabu tukar pendirian cuma, KENAPA SEBELUM INI IKUT CAKAP DAP? DAP yg nak sgt kalimah Allah diguna bukan Islam!

PAS sewajarnya jadi ketua dalam hal melibatkan agama di dalam pakatan. Bukan jadi kuda tunggangan!

Seks dan konspirasi UMNO

PAS DAP dan PKR.
Tetapi yang utama adalah PKR dan PAS...
Depa ni nama je orang Melayu tetapi mengamalkan budaya songsang TEGAR!
Kalah negara barat kehidupan dia orang ni...

Sudahlah kantoi melakukan perkara salah, DITUDUH pula sebagai KONSPIRASI UMNO.
Ni kisah pasal pakcik berkopiah lengkap bernama Ostat Badrul Amin...
Sebut aja nama pakcik berkopiah ni, kita sudah pasti terfikir akan 'kaunseling jam 2pagi' kelolaannya.

PADAHAL...
Ditangkap khalwat...
Alahai kasihan cacai pembangkang...
tertipu dek kopiah ala-ala alim budiman...

Syaitan yang nyata memakai topeng.



SAH!!!
Ostat topeng syaitan pembangkang ini telah bernikah dengan wanita 'kaunseling 2pagi' nya itu dua bulan lepas, selepas tertangkap aksi berdua-duaan dalam bilik hotel di Swiss Garden...

KHALWAT tetap KHALWAT !!!

Tahniah buat Anwar Ibrahim kerana berjaya memberi GALAKAN kepada cacai-cacainya...



"Bau bur#t Mah lekat kat muka abang"
Opssss.... itu pakcik yang lain tu... tapi tetap orang pembangkang jugak...

Inikah pemimpin kebanggaan pembangkang?
Rendah Moral!

Tuesday, January 15, 2013

Kalimah Allah bukan isu remeh, jangan tunduk pada Hadi, Anwar dan Kit Siang!


Kalimah Allah bukan lah satu isu kecil yang boleh dipandang ringan...
Ia melibatkan perpaduan sesama muslim dan apatah lagi ia kalimah suci umat Islam.

Tindakan Pakatan Rakyat yang mendahului Majlis Syura PAS dalam isu ini cukup membimbangkan. menjelang pilihanraya, pakatan mula berantakan. jelas sekali pakatan ini gagal sejak penubuhannya.

PAS di peringkat akar umbi sudah mula sedar akan permainan politik pemimpin atasan yg sanggup menjual agama Islam demi kerakusan kuasa. dan ini amat memalukan kerana menyebabkan umat Islam bertambah keliru.

Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kelmarin mengeluarkan kenyataan rasmi tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam mana-mana rujukan Agama Bukan Islam sebagai terjemahan mana-mana bentuk bahasa pengantara.Badan tertinggi PAS itu menegaskan, kesucian kalimah Allah itu tidak sewajarnya dijadikan sebagai tafsiran mana-mana Agama selain Islam merujuk kepada Tuhan bagi umat Islam yang secara jelas terkandung menerusi Al-Qur'an sebagai Yang Maha Esa, Tunggal, Tidak Beranak, dan Tidak Diperanakkan.

Hakikatnya, PAS tidak mampu untuk memperjuangkan waima pertahan agama Islam. Penubuhan PAS sejak dahulu hanya kerana marah dan dendam kepada parti keramat UMNO. ditubuhkan kerana kecewa dengan sistem demokrasi yang diamalkan. hanya kerana gagal mendapat undi ketika pemilihan parti, dendam ini mula dinamakan sebagai, PAS.

Pilihanraya umum yang ke 13 dijangka diadakan tidak lama lagi. buat akar umbi dalam PAS, bangkitlah. ternyata pemimpin anda dalam PAS telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pertahankan Islam. hanya UMNO yang mampu melakukannya.

Monday, January 14, 2013

BANGKIT!!! Adun DAP Ludah logo parti !!!

DAP, sebuah parti rasis terkenal dalam negara juga sekarang popular dengan parti kroni...
DAP yang diterajui anak beranak ini sekarang tengah dalam usaha memotong individu yang berani bersuara mengatasi orang atasan.

Selain dari tong sampahkan pemimpin Melayu dalam parti itu, DAP kini semakin rakus mempertahankan kuasa anak beranak dan saudara mara...

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau selaras dengan peraturan parti di sini selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan. Baca Selanjutnya...

Sunday, January 13, 2013

Puak PAS cakap solat tu macam poco-poco je...?

Jika kita seorang yang beragama Islam, patuh pada firman-firman Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan, mengikut apa yang terkandung dalam Al-Quran, maka antara perkara paling asas sebagai penganut agama Islam ialah, solat.

SOLAT juga dikatakan sebagai tiang agama.
Jika rumah tanpa tiang maka runtuhlah ia...

Syukur Alhamdulillah, peserta Himpunan Puak Pembangkang KL112 semalam dilihat telah berjaya membuka mata rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa PETUNJUK dari Allah.

Allah telah memberi kita sebagai penganut Islam yang waras untuk melihat sendiri bagaimana perpecahan yang ada dalam parti digelar sebagai 'pakatan'.

Dengan apa yang dipertunjukkan ini maka jelas lah ia adalah 'pakatan' syaitan, yakni agenda memecah belahkan Islam.

Dengan kita hidup di era akhir zaman ini, unsur-unsur Dajjal mula kelihatan, selain dari kalimah Allah yang dibenarkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang untuk digunapakai oleh bukan Islam.

Ia berlaku bagi memberi ruang untuk mengelirukan umat Islam khususnya, lantas menyebabkan perbalahan sesama sendiri.

Himpunan Pakatan Syaitan ini hanyalah bertujuan 'mendabik dada', bertujuan menunjukkan kepada khalayak, kepada masyarakat dunia yang mana pakatan syaitan ini boleh untuk turun dijalan raya.

Dan dalam masa sama, Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui,
PETUNJUK pergerakan Dajjal ini dipertontonkan kepada khalayak secara tanpa disedari gerombolan pakatan syaitan !

Syukur, niat mendabik dada pakatan syaitan ini telah dilihat oleh masyarakat dunia yang mana pakatan syaitan ini sentiasa tidur serumah, untuk berkongsi kemudahan tetapi mimpi berlainan...

ADAKAH SYURGA BUAT PUAK YANG BERPECAH BELAH?

Saturday, January 12, 2013

Himpunan pertahan Islam VS Himpunan politikus

"Perhimpunan itu diadakan untuk meluahkan rasa umat Islam bahawa kita tidak mengizinkan kalimah Allah dan hanya digunakan untuk agama Islam."Kita harap apa yang kita luahkan kita akan bentangkan kepada masyarakat supaya masyarakat lebih faham sebenarnya bahaya mengizinkan kalimah Allah digunakan untuk mereka yang bukan Islam," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan membenteras khalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam di perkarangan Masjid Shah Alam disini, hari ini. Menurutnya, penggunaaan kalimah Allah hanya digunakan untuk orang yang beragama Islam dan tidak boleh digunakan untuk orang yang beragama Islam."Kalimah Allah hanya digunakan untuk orang Islam dan tidak sama sekali digunakan untuk orang bukan Islam termasuk kristian yang mahu memasukkan kalimah Allah didalam versi bibble berbahasa Melayu," katanya. Sumber : KLPOS Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 anjuran Paktan Rakyat pula menjurus kepada memartabatkan Anwar sebagai perdana menteri atau mungkin juga Lim Kit Siang. Himpunan kacau bilau ini bakal membuatkan negara sekali lagi melakar sejarah berupa tragedi. Malaysia akan popular kerana huru hara permainan poltikus paktan rakyat. Polis dan pihak keselamatan sekali lagi akan diburukkan oleh pencacai Anwar brahim.

Friday, January 11, 2013

Hormat pada Harun Din tapi kenapa dia tak tegur Anwar?


Ada antara kita yang masih menghormati Harun Din, ahli ulama PAS yang masih lagi lantang dalam bab bab Islam. Harun Din antara orang lama dalam PAS tapi masih lagi kekal dgn prjuangan lama, Negara Islam, bukan Negara Berkebajikan yg telah ditukar oleh gerombolan Anwarinas dalm PAS.

Baru baru ini Harun Din desak Mahathir untuk bertaubat atas kenyataan pepatah Inggerisnya,

1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.

2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.

3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.

Dr M kata di blognya, http://chedet.cc/ yang bertajuk BERTAUBAT.

Inilah, selagi bergelar orang politik, selagi itu agenda politik dilakukan. Sebagaimana kata Dr M, Harun Din sememangnya kurang mengerti pepatah Inggeris itu. Apa yg ingin disampaikan disini ialah, KENAPA ulama PAS itu tak gesa Anwar bin Ibrahim untuk bertaubat? Apakah ulama PAS mengganggap dahi yang dicalit utk penganut agama Hindu sebagai tidak terpesong akidahnya? Apakah melakukan hubungan seks bersama pelacur Chinna sebagai pahala ataupun aktiviti sihat untuk diikuti anak muda? Apakah LGBT itu budaya Islam dalam masyarakat Malaysia? Apakah mengamalkan agama Pluralisme itu perjuangan PAS? Adakah negara Liberal di sokong PAS?

Maka, adalah baik jika Harun Din desak Anwar Ibrahim untuk BERTAUBAT sebagaimana lantangnya Karpal Singh bersuara suatu ketika dahulu!

Thursday, January 10, 2013

VIDEO : Agenda kotor Pakatan DiDEDAH Timbalan Penerangan AMK !!!



SAH!!! Pakatan rakayat semakin terdesak untuk merampas kuasa.
Mereka kini sudah buntu dek kerana gagal memenangi hati rakyat melalui cara demokrasi...
Itu pasal mereka terpaksa guna cara heret pengikut taksub mereka ke jalanan...

Pengikut taksub yang dibayar upah ini bakal menjadi antara lipatan sejarah buat generasi akan datang...
Kebodohan mereka akan menjadi bahan ketawa buat generasi akan datang...

Agenda kotor politik yang dimainkan pembangkang kini menuju puncak !
Semoga pakatan rakayat berjaya mencetuskan kacau-bilau dalam negara !!!

Orang Islam di Kelantan MALU dengan PAS ?!!



Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain. 

Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu. Katanya, enakmen itu yang diwujudkan bagi mengawal dan menyekat penyebaran iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, secara jelas telah menyenaraikan 24 perkataan termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 enakmen sebagai hak eksklusif agama Islam.

 Sehubungan itu, beliau secara sinis 'meminta' enakmen tersebut dipinda atau dimansuhkan sekiranya sudah lapuk dan tidak relevan lagi. "Perkataan-perkataan itu ialah Allah, firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, imam, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, iman, nabi dan sheikh.

 "Undang-undang Islam negeri ini sudah lama memperuntukkan bahawa kesemua perkataan itu tidak boleh dikaitkan dengan agama lain.

Baca Di Sini

MINTA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI SENTIASA MENGINGATI PERISTIWA HADI AWANG SELAKU PRESIDEN PARTI PAS YANG SANGGUP MENGGADAI AGAMA ISLAM DEMI KUASA POLITIK PERIBADI !!!

Kenyatan Presiden PAS benarkan kalimah Allah untuk bukan Islam


Tindakan MB Selangor sekat hak rakyat demi kuasa politik dikecam!

SHAH ALAM, 10 Jan - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor yang mahu mengambilalih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selain mahu menamatkan perjanjian dengan syarikat tersebut.  Dr Jacob berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya menganggap tindakan pengambilalihan syarikat konsesi air itu sebagai satu jalan keluar yang mudah kerana pelbagai aspek perlu diberi perhatian selain pengalaman dan kepakaran. Beliau turut menyelar dengan kegagalan kerajaan negeri yang tidak bersikap lebih bertoleransi dalam menghulurkan bantuan kepada syarikat tersebut bagi menangani krisis bekalan air di negeri itu. "(Pengambilalihan SYABAS) tidak boleh diselesaikan sebab masalah seratus peratus. Ini bukan perkara yang mudah, terdapat pelbagai perkara harus diambil kira, penstrukturan, kewangan, pengurusan bank dan banyak lagi. "Mereka (kerajaan negeri) boleh berbincang kerana kerajaan negeri ada 30 peratus pegangan saham dalam SYABAS," katanya. Dr Jacob turut mendakwa krisis air di Selangor akan menjadi semakin parah jika syarikat konsesi air itu masih dibawah tadbir urus pakatan pembangkang. "Jika kerajaan negeri ambil alih pengurusan air masalah akan jadi lebih teruk di Selangor. Saya tidak yakin dengan pemerintahan Pakatan di negeri Selangor," katanya.    SUMBER : KLPOS http://www.klpos.com/umum/35511-tamatkan-kontrak-syabas-cassa-kecam-tindakan-khalid

Wednesday, January 9, 2013

Teruskan sebar penghinaan Hadi kpd agama Islam!

Sultan Selangor semalam murka dengan tindakan segelintir masyarakat Islam yg sanggup pergunakan agama demi kepentingan politik.

Hadi selaku Presiden PAS yg mewakili PAS terus membenarkan kalimah Allah untuk diguna oleh bukan Islam.

Kenyataan yg cukup jelas dibuat semata mata meraih undi.

Tertarik dengan komen pembaca pada artikel semalam,

http://suaralensa.blogspot.com/2013/01/video-kalimah-allah-hadi-awang-guna.html

Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan selepas wafatnya Nabi Ibrahim...  Allah Maha Mengetahui. -My Happiness AA123

Tuesday, January 8, 2013

VIDEO : Kalimah Allah - Hadi Awang guna Firman Allah

Permainan politik Hadi Awang dan PAS dalam melacurkan agama semakin menjadi jadi weh...
Nak dekat pilihanraya... undi kaum cina mesti mau jaga... langgar saja Islam... yang penting menang undi...


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di ibupejabat PKR yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Abdul Hadi turut memberitahu kenyataan beliau pada 7 Januari 2010 dan buku bertajuk "Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah" adalah konsisten sepertimana pendirian parti itu pada hari ini. KLIK DISINI

Monday, January 7, 2013

ANAK SYIAH KEBANGGAAN PAS MENGAKU MURTAD !!!

Inilah dia anak hasil keluaran produk parti PAS...
Agama hanyalah permainan bagi mereka...
Sehingga mengaku untuk solat di tokong cina?
Apa hina sangatkah masjid, rumah Allah?


Jangan lupa wahai sekalian umat Islam Malaysia...
Ucapkan 'terima kasih' kepada Presiden parti PAS Hadi Awang kerana BERJAYA memecah belahkan perpaduan dan paling utama, BERJAYA PERMAINKAN ISLAM !!!


Sunday, January 6, 2013

Media pro Pembangkang tak siar berita atas arahan Anwar?!!!

Tak perlu utk kita berasa marah kpd Malaysiakini dan Harakah Daily mahupun Suara Keadilan krn mereka tdk berani utk siarkan berita sepertimana gambar di atas.

Semua juga sedia maklum knp berita sedemikian 'tidak dpt disiarkan'

Cuma apa yg perlu kita persoalkan, DI MANA KEBEBASAN BERSUARA yang dilaung laungkan pemimpin pakatan pembangkang?

Benarlah apa yg dikatakan oleh Dr Mahathir, individu seperti Anwar Ibrahim akan melakukan apa sahaja demi kepentingan diri.

Bahkan Anwar juga akan menyaman org yg cuba mengkritiknya ataupun tidak bersependapat dgnnya.

Ini bermaksud, TIADA ISTILAH DEMOKRASI DALAM PAKATAN PEMBANGKANG! DAN KEBEBASAN BERSUARA JUGA DISEKAT!

Friday, January 4, 2013

Konspirasi Anwar Ibrahim bersama negara Barat TERBONGKAR !

Apakah rakyat Malaysia bersedia untuk ditipu hidup-hidup lagi???
Dari suntikan racun arsenik dan macam-macam lagi penipuan oleh Ketua Pembangkang ini.
Menyedihkan, Ketua Pembangkang ini sanggup menipu semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi...


Anwar boleh menafikan semua ini tetapi Murad Khalid sudah ada segala bukti-bukti dan telah membuat pertimbangan yang komprehensif sebelum membuat Akuan Berkanunnya. Pendedahan Anwar membuktikan bahawa dialah “BAPAK SEGALA KONSPIRASI”.
Baca selanjutnya di sini...

Pilih Anwar, pemerintahan diktator dan kuku besi akan berlaku - Tun M

Jika itu yang diungkapkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed sekalipun, rakyat Malaysia sudah pasti menerima dengan hati terbuka.

Manakan tidak, Tun M sudah berpengalaman memerintah negara selama 22 tahun. Ayahanda Tun M ini sudah kenal sangat arena pentadbiran dan politik baik dalam mahupun luarnegara.

Lihat saja ketika krisis ekonomi 1997-1998, bagaimana beliau bersama kepimpinan Barisan Nasional hadapi masalah itu? Berbanding Anwar yg ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Apa yg Anwar buat selain memikir cara mudah dengan membuat saranan utk negara memimjam drp Bank Dunia yg kita sedia maklum apa impak buruk yg perlu ditanggung rakyat.


“Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya.

"Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya dalam entri terkini bertajuk ‘Perubahan’ dalam blog chedet.cc semalam.

Justeru, Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998.

“Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun,”

Entri sama turut membidas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menggunakan helah janji pilihanraya untuk menarik undi lantas menjadi ikutan parti pembangkang di Malaysia.

Thursday, January 3, 2013

Anwar pengecut, guna Rafizi - Deepak


Apa sudah jadi... Ternyata permainan politik yang cuba digunapakai pembangkanb semakin celaru... Putar belit kenyataan dan penipuan dokumen dilihat sebagai gagal. Apa motif sebenar Rafizi yang diarahkan oleh Anwar dalam menggerakkan fitnah jahat ini?

KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan kecewa dengan tindakan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak berani tampil kehadapan membantunya walaupun beliau telah melakukan beberapa pendedahan sebelum ini.

Deepak turut kecewa dengan sikap Anwar yang didakwa mempergunakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu."Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang.

"Saya telah memaklumkan minggu lalu hasrat agar Anwar tampil menyokong saya secara terbuka dan tidak menggunakan platform 'penafian' tidak pernah berjumpa dengan saya."Malangnya beliau tidak tampil kehadapan malahan menggunakan Rafizi sebagai orang tengah, dan saya tidak menghargai tindakan ini," katanya.

Beliau turut berkata sekiranya Anwar jujur dan ikhlas, beliau tidak seharusnya meletakkan Rafizi sebagai perantara dan membiarkan Pengarah Strategi PKR itu melakukan pendedahan dokumen-dokumen bukan miliknya."Saya mahu Anwar berani tampil kehadapan," tegas Deepak. - KLPOS

http://klpos.com/politik/34431-deepak-anwar-perlu-tampil-berani-tanpa-berselindung-disebalik-rafizi

Wednesday, January 2, 2013

Rafizi Itu Jambu Anwar - Deepak


Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

 Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut. "Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen.

 "Saya juga tidak pernah melalui seseorang (proksi) memberikan sebarang dokumen itu kepadanya. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," katanya. Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.

 "Secara jujur saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi. Saya rasa ianya bertujuan untuk mensensasikan isu (urusniaga tanah) dan saya sekali lagi berkata tidak pernah melihat dokumen itu. "Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut. 

Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut yang dipaparkan dalam blog beliau rafiziramli.com Ditanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata

"Syarikat itu memang milik saya, namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat saya." Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. SUMBER

Tuesday, January 1, 2013

Dasar Transformasi berjalan baik di Wangsa Maju, sokongan rakyat bertambah !!!



Barisan Nasional (BN) bahagian Wangsa Maju yakin dapat merampas kembali kerusi yang kini dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wee Choo Keong yang bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.



Pengerusi BN Wangsa Maju, Datuk Mohd Shafei Abdullah berkata, pihaknya yakin dapat merampas kembali kerusi setelah berjaya mengerakkan dasar-dasar transformasi dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sepanjang tahun 2012 di kawasan itu. "Bercakap soal ekonomi di Wangsa Maju sepanjang 2012 ini, ia adalah licin (sempurna) dan terancang. Kita telah berjaya mendaftarkan kira-kira 50 lesen gerai untuk peniaga.



Kita turut bekerjasama dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) serta menyokong 375 permohonan dan telah diluluskan manakala sebanyak 69 lagi dalam proses. "

Selain itu, kita turut bekerjasama dengan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) yang berniaga di Bazar Larut Malam (Uptown) Danau Kota. Kita (KOBERA) adalah yang paling aktif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) ini," katanya kepada pemberita di sidang media selepas melawat sekitar tapak Karnival Ambang Tahun Baru Wangsa Maju 2013 di sini hari ini. Sumber