Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas pulang selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan di bandar peranginan ski, Davos.
Mereka diiringi ke lapangan terbang oleh Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Ho May Yong. Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isterinya meninggalkan Zurich ExecuJet Terminal pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu.
Najib telah mengetuai delegasi Malaysia peringkat tinggi yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, pemimpin korporat dan para pegawai sektor swasta ke acara lima hari yang berakhir pada hari Ahad (27 Jan).
Perdana Menteri telah menggunakan tema WEF tahun ini iaitu "Resilient Dynamism" sebagai platform untuk memperlihatkan pertumbuhan dan peluang ekonomi Malaysia yang rancak meskipun perlu berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global sejak beberapa tahun lepas.
Dalam mesyuarat dua hala dan bersemuka yang dijadualkan bersama-sama dengan pemimpin politik dan peneraju industri, Najib, yang juga menteri kewangan, telah membina satu landasan yang kukuh untuk Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan, perdagangan, pendidikan dan pelancongan di Asia
Sumber : KLPOS
No comments:
Post a Comment