AdSense

Thursday, January 10, 2013

Tindakan MB Selangor sekat hak rakyat demi kuasa politik dikecam!

SHAH ALAM, 10 Jan - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor yang mahu mengambilalih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selain mahu menamatkan perjanjian dengan syarikat tersebut.  Dr Jacob berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya menganggap tindakan pengambilalihan syarikat konsesi air itu sebagai satu jalan keluar yang mudah kerana pelbagai aspek perlu diberi perhatian selain pengalaman dan kepakaran. Beliau turut menyelar dengan kegagalan kerajaan negeri yang tidak bersikap lebih bertoleransi dalam menghulurkan bantuan kepada syarikat tersebut bagi menangani krisis bekalan air di negeri itu. "(Pengambilalihan SYABAS) tidak boleh diselesaikan sebab masalah seratus peratus. Ini bukan perkara yang mudah, terdapat pelbagai perkara harus diambil kira, penstrukturan, kewangan, pengurusan bank dan banyak lagi. "Mereka (kerajaan negeri) boleh berbincang kerana kerajaan negeri ada 30 peratus pegangan saham dalam SYABAS," katanya. Dr Jacob turut mendakwa krisis air di Selangor akan menjadi semakin parah jika syarikat konsesi air itu masih dibawah tadbir urus pakatan pembangkang. "Jika kerajaan negeri ambil alih pengurusan air masalah akan jadi lebih teruk di Selangor. Saya tidak yakin dengan pemerintahan Pakatan di negeri Selangor," katanya.    SUMBER : KLPOS http://www.klpos.com/umum/35511-tamatkan-kontrak-syabas-cassa-kecam-tindakan-khalid

No comments:

Post a Comment