Saturday, January 19, 2013

Kerana PAS, PKR, Bible di edar secara terbuka kepada budak sekolah?



ANTARA PUNCA-PUNCA semakin banyak berlaku kejadian melibatkan akidah umat Islam dalam negara kita...

Sejak PAS, PKR dan DAP bergabung dalam satu nama PAKATAN...

Orang Islam dalam PAS, PKR tidak mampu pertahankan agama Islam ;
1 - Kalimah Allah
2 - LGBT
3 - Pluralisme
4 - Rendah moral (begitu banyak skandal seks melibatkan pemimpin PR)
5 - Terlalu taksub pada ajaran selain Al Sunnah Wal Jamaah sehingga menafikan hukum sedia ada.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail, berkata perbuatan dipercayai dilakukan oleh kakitangan gereja itu menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. Beliau berkata, pihaknya percaya ia sengaja dilakukan untuk mencabar kesabaran umat Islam selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dalam perutusan sempena Hari Krismas, baru-baru ini. 

Katanya, sejak lebih 50 tahun negara merdeka, kejadian penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam tidak pernah berlaku tetapi ia mula timbul sejak Kerajaan DAP Pulau Pinang dipimpin Guan Eng mula memerintah. Selanjutnya

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Artikel 11 Perlembagaan: Silap No. 4 terkeluar tadi.

    11. Kebebasan beragama.

    (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

    (2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

    (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak --

    (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

    (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

    (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

    (4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

    (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

    ReplyDelete