AdSense

Tuesday, January 1, 2013

Dasar Transformasi berjalan baik di Wangsa Maju, sokongan rakyat bertambah !!!



Barisan Nasional (BN) bahagian Wangsa Maju yakin dapat merampas kembali kerusi yang kini dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wee Choo Keong yang bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.



Pengerusi BN Wangsa Maju, Datuk Mohd Shafei Abdullah berkata, pihaknya yakin dapat merampas kembali kerusi setelah berjaya mengerakkan dasar-dasar transformasi dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sepanjang tahun 2012 di kawasan itu. "Bercakap soal ekonomi di Wangsa Maju sepanjang 2012 ini, ia adalah licin (sempurna) dan terancang. Kita telah berjaya mendaftarkan kira-kira 50 lesen gerai untuk peniaga.



Kita turut bekerjasama dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) serta menyokong 375 permohonan dan telah diluluskan manakala sebanyak 69 lagi dalam proses. "

Selain itu, kita turut bekerjasama dengan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) yang berniaga di Bazar Larut Malam (Uptown) Danau Kota. Kita (KOBERA) adalah yang paling aktif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) ini," katanya kepada pemberita di sidang media selepas melawat sekitar tapak Karnival Ambang Tahun Baru Wangsa Maju 2013 di sini hari ini. Sumber

1 comment:

  1. saya sudah link kan blog anda di blog saya, dan saya harap anda juga link kan blog saya di bloga anda http://blogapehal.blogspot.com/

    ReplyDelete