Jika itu yang diungkapkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed sekalipun, rakyat Malaysia sudah pasti menerima dengan hati terbuka.
Manakan tidak, Tun M sudah berpengalaman memerintah negara selama 22 tahun. Ayahanda Tun M ini sudah kenal sangat arena pentadbiran dan politik baik dalam mahupun luarnegara.
Lihat saja ketika krisis ekonomi 1997-1998, bagaimana beliau bersama kepimpinan Barisan Nasional hadapi masalah itu? Berbanding Anwar yg ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Apa yg Anwar buat selain memikir cara mudah dengan membuat saranan utk negara memimjam drp Bank Dunia yg kita sedia maklum apa impak buruk yg perlu ditanggung rakyat.
“Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya.
"Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya dalam entri terkini bertajuk ‘Perubahan’ dalam blog chedet.cc semalam.
Justeru, Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998.
“Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun,”
Entri sama turut membidas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menggunakan helah janji pilihanraya untuk menarik undi lantas menjadi ikutan parti pembangkang di Malaysia.
No comments:
Post a Comment