Luahan kekecewaan seorang anggota polis terhadap sikap PPD yang tak maklumkan seorang guru yang mereka tukarkan ada kes amang seksual.
Hasilnya apa? Guru pedo ini cari mangsa di sekolah baru pula.
Benda ni la yang saya sungguh-sungguh perjuangkan. Benda ni saya dok ulang berpuluh kali mengatakan,
JANGAN SESEKALI TUKARKAN SEKOLAH GURU PEDO/GEI. SEBALIKNYA TEMPATKAN DI PPD/JPN ATAU TEMPAT YANG TIDAK MELIBATKAN MURID‼️
Nah, huruf besar terus aku tulis. Sebab geram sangat. Sebab benda ni yang aku sangat tekankan. Jangan letak serigala dalam kandang biri-biri lain!
Now real berlaku. Pendedahan dari Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sendiri.
Kerana sikap dan budaya tukarkan guru bermasalah pedo/gei ke sekolah lain, akhirnya ada murid lain pula jadi mangsa.
Inilah padahnya. Inilah dia.
Kalau aku tak menulis secara terbuka begini, selamanya prosedur tukarkan guru pedo/gei akan terus menjadi rutin PPD setiap kali ada aduan.
Kalau ikut saluran yang betul, inilah jadinya.
Jadi aku menulis secara terbuka agar KPM pandang serius akan isu ini kemudian ubah SOP dan proses sedia ada tu. Itu impak penulisan aku, bukan nak cari engagement macam tuduhan cikgu Edufluencer yang bangga benar letak gambar dengan menteri.
YBM Fadhlina Sidek, Kementerian Pendidikan Malaysia, tolong gubal semula prosedur dan SOP tindakan kepada guru yang ada kes pedophile, amang seksual, cabul, liw@t dan seumpamanya.
Selagi mana kes cikgu tersebut belum selesai, jangan sesekali letak mereka di sekolah!
Jangan hanya tukarkan cikgu tersebut ke sekolah lain sedangkan dia ada kes cabul murid!
Guru-guru pedophile dan bernafsu songsang tak selayaknya berada di mana-mana sekolah di dunia, Malaysia khususnya‼️😡
Nak aku tag daerah mana, negeri mana kes ini berlaku ke?
Karang datang cikgu-cikgu skema suruh ikut saluran yang betul, jangan kerana nak engagement dan viral lah apa.
Inilah dia hasil saluran yang betul wahai cikgu Edufluencer. Hanya tukarkan sekolah, murid lain pula jadi mangsa.
Ini yang kamu nak ke?
Tapi jangan risau, orang macam cikgu ni paling cepat naik jawatan. Yang acah pertahankan KPM sedangkan KPM perlu diperbetulkan, yang acah-acah mai serang aku yang tegur JPN dan PPD ni, pasti laluan naik jadi mudah. Jadi hero kepada KPM katakan. 🙄
Sumber:
No comments:
Post a Comment