AdSense

Tuesday, January 15, 2013

Kalimah Allah bukan isu remeh, jangan tunduk pada Hadi, Anwar dan Kit Siang!


Kalimah Allah bukan lah satu isu kecil yang boleh dipandang ringan...
Ia melibatkan perpaduan sesama muslim dan apatah lagi ia kalimah suci umat Islam.

Tindakan Pakatan Rakyat yang mendahului Majlis Syura PAS dalam isu ini cukup membimbangkan. menjelang pilihanraya, pakatan mula berantakan. jelas sekali pakatan ini gagal sejak penubuhannya.

PAS di peringkat akar umbi sudah mula sedar akan permainan politik pemimpin atasan yg sanggup menjual agama Islam demi kerakusan kuasa. dan ini amat memalukan kerana menyebabkan umat Islam bertambah keliru.

Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kelmarin mengeluarkan kenyataan rasmi tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam mana-mana rujukan Agama Bukan Islam sebagai terjemahan mana-mana bentuk bahasa pengantara.Badan tertinggi PAS itu menegaskan, kesucian kalimah Allah itu tidak sewajarnya dijadikan sebagai tafsiran mana-mana Agama selain Islam merujuk kepada Tuhan bagi umat Islam yang secara jelas terkandung menerusi Al-Qur'an sebagai Yang Maha Esa, Tunggal, Tidak Beranak, dan Tidak Diperanakkan.

Hakikatnya, PAS tidak mampu untuk memperjuangkan waima pertahan agama Islam. Penubuhan PAS sejak dahulu hanya kerana marah dan dendam kepada parti keramat UMNO. ditubuhkan kerana kecewa dengan sistem demokrasi yang diamalkan. hanya kerana gagal mendapat undi ketika pemilihan parti, dendam ini mula dinamakan sebagai, PAS.

Pilihanraya umum yang ke 13 dijangka diadakan tidak lama lagi. buat akar umbi dalam PAS, bangkitlah. ternyata pemimpin anda dalam PAS telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pertahankan Islam. hanya UMNO yang mampu melakukannya.

1 comment:

  1. Umno hanya sebuah parti politik... hanya satu wadah perjuangan untuk orang-orang Melayu didalam sistem pemerintahan di Negara Malaysia jika tidak kerana sokongan rakyat, Umno juga tidak mungkin mampu untuk mempertahankan Ugama Islam di Negara... yang penting adalah Umat Islam yang tanpa mengenali bangsa sepatutnyalah yang berjuang untuk mempertahankan Ugama Islam dari di perkotak-katikkan dalam wadah perjuangan Politik di Negara ini. adalah jika ada baiknya kedua-dua parti politik ini bergabung sebagai permulaan didalam perjuangan untuk menegakkan Ugama Islam yag mana rata-rata ahli didalam parti ini adalah umat melayu yang berugama Islam.

    ReplyDelete