AdSense
Wednesday, January 16, 2013
"Kami Rayu Janji Kerajaan Negeri..."
"Saya begitu kecewa dengan Kerajaan Negeri kerana gagal menunaikan janji manifesto pilihanraya yang lalu," demikian luahan salah seorang penduduk Kampung Batu 7, Jalan Kebun ketika dikunjungi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) dan Pemuda Barisan Nasional (BN).
Kefli Mohd Nor, 60, mendakwa dirinya telah ditipu oleh Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim setelah menanti bantuan dan sumbangan yang dijanjikan sejak Pakatan Rakyat berjaya menawan Negeri Selangor.
Beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menjalani kehidupan sukar setelah menyewa rumah sejak 22 tahun yang lalu bersama 5 orang anak. Kefli juga menetap bersama 2 buah keluarga lain yang turut melibatkan individu berstatus Orang Kurang Upaya (OKU). Baca Selanjutnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment