AdSense

Wednesday, January 30, 2013

Nik Aziz nak Lawan Peneroka?


Peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT ) di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak Kerajaan Pas Kelantan agar tidak menjadi jaguh dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah di kawasan berkenaan.

Bantahan tersebut diadakan di Jalan Utama menghala ke Kesedar Lebir di sini yang menjadi laluan utama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Majlis Penyampaian Geran Tanah Hak Milik Tapak Rumah kepada 82 peneroka kawasan tersebut.

Bagaimanapun keadaan menjadi kecoh apabila dua buah kereta pacuan empat roda yang mengetuai rombongan Menteri Besar itu telah bertindak menghalang peserta bantahan yang berkumpul di kawasan itu. 

Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang hasrat para peserta yang berkumpul itu daripada bertemu Nik Abdul Aziz yang tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz dan terus memecut laju tanpa menghiraukan mereka.  SUMBER

No comments:

Post a Comment