AdSense

Tuesday, December 26, 2017

PRU14 : MCA bukan tali barut DAP


Kalau diselak kembali sejarah PRU13, ia pasti pahit untuk diulangsiar. 'Tsunami Cina' menjadi mimpi ngeri buat Barisan Nasional.

Bukan itu saja, faktor sabotaj dalam parti komponen BN juga diselak satu persatu. Dalam masa sama pemimpin BN juga masing-masing mula belajar daripada kesilapan.


Mungkin pada ketika itu kuasa media sosial Pro BN masih lagi lemah. Manakala media mainstream pula goyah serta condong kepada Pakatan Rakyat (sebelum ditukar kepada Pakatan Harapan). Walaupun 1%, ia tetap condong dan memberi kesan kepada graf peti undi.

Pada 27 Jun 2013, blogger Helen Ang ada menulis panjang berhubung corak pengundi MCA dan agenda evangelista. Bagi penulis, blogger ini mendedahkan talibarut DAP.

Pautan : https://helenang.wordpress.com/2013/06/27/mca-parti-yang-83-3-peratus-dilantik-pengundi-melayu/

Helen Ang pada awalnya menulis tentang sokongan MCA yang diterima menerusi undi Orang Melayu.

Sekarang kita fokus pada dua kawasan pemimpin MCA iaitu Bentong (Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai) dan Ayer Hitam (Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong).

*Pada PRU13 kerusi Labis (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA ketika itu) menjadi tumpuan.

Di Bentong, seramai 45% pengundi terdiri daripada Melayu manakala 44% pula pengundi Cina dan lain-lain 9%.

Di Ayer Hitam, Melayu (58%), Cina (38%) dan lain-lain (4%).

Itulah pecahan pengundi pada PRU13. Menunjukkan bahawa orang Melayu tetap mengundi dacing. Semangat kesetiaan pada parti dibuktikan menerusi peti undi.

Namun yang demikian, masa untuk tuding jari sudah berlalu. Tinggal kini masa memperkemas jentera parti masing-masing.


PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga boleh dijadikan bukti bahawa MCA sudah bangkit atas semangat setiakawan. Kesetiaan MCA dalam BN terus berada pada tempat yang betul.

'Menjenguk jentera MCA #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar '
Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2016/06/menjenguk-jentera-mca-prkkualakangsar.html

Begitu juga dengan PRN Sarawak. Jentera dan pemimpin MCA bertungkus lumus membantu BN mencapai kemenangan.

#PRN11Sarawak : MCA jadi 'kuli'
Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2016/04/prn11sarawak-mca-jadi-kuli.html

Sementara pada hujung Oktober 2017, Presiden MCA ada menyatakan kesediaan parti kedua terbesar dalam BN itu untuk menebus kegagalan PRU sebelum ini.

Tegas Liow, MCA kini telah melalui transformasi dan bersedia untuk menghadapi PRU14.

"Kami telah mengalami dua kegagalan (pada 2008 dan 2013), dan saya yakin kali ini kami bersedia untuk mengatasinya. Ini amat penting bagi kami," kata Liow.

Suara Lensa juga pernah menyiarkan tentang kesiapsiagaan jentera MCA menawan semula kerusi yang tewas serta mempertahankan kerusi yang dimenangi. Ia bukan sehari dua sebaliknya sejak 2016 lagi MCA sudah mula memperkemaskan jentera mereka.


MCA fokus PRU14
Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2016/08/mca-fokus-pru14.html

#PRU14 : MCA akan hadapi apa jua cabaran
Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2017/01/kita-sudah-pun-memasuki-tahun-2017.html

Hakikat menyedari, apa yang berlaku pada PRU13 pasti ada hikmahnya. Kemenangan tipis BN boleh dijadikan iktibar bukan saja kepada pemimpin dan jentera BN tetapi juga kepada pengundi secara keseluruhannya.

Melihat kepada apa yang berlaku di negeri-negeri yang dimenangi pembangkang, pasti membuatkan pengundi sedar wajah sebenar pembangkang.

Banyak sekali isu, skandal dan masalah yang dibawa pembangkang. Sejak bergelar Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.

Tuduhan rasuah yang dilemparkan kepada BN, kini terpalit pada muka pemimpin Pakatan sendiri. Banglo di bawah harga pasaran, Taman Manggis, lorong basikal, terowong dasar laut, kilang haram yang meragut nyawa, banjir yang meragut nyawa, tanah runtuh yang meragut nyawa, banglo Disneyland, kemewahan peniaga buah tepi jalan selepas bergelar MP, anak saudara dan ah banyak lagi lah!

Belum kira kes-kes pemimpin pembangkang yang kalah di mahkamah kerana menfitnah!

Suka penulis untuk memaparkan kenyataan veteran MCA, Tan Sri Lim Ah Lek yang pernah memegang jawatan Naib Presiden MCA suatu masa dulu.

“I have a strong feeling that the Barisan Nasional (BN) will be able to win in Bentong yet again and this time with an even bigger majority,” he said.

In GE13, MCA president Liow Tiong Lai won the seat, but DAP candidate Wong Tack won 49% of the votes.

“Liow has been doing well for the people of Bentong and the voters in Bentong are loyal to politicians who serve them

 “I have a strong feeling that the Barisan Nasional (BN) will be able to win in Bentong yet again and this time with an even bigger majority,” he said.

Benar sekali, kesetiaan pengundi dapat kita lihat menerusi kejayaan pemimpin mereka memimpin di satu-satu kawasan khususnya, negara amnya.

Kalau di Bentong, kita dapat lihat berkembangnya ekonomi di kawasan itu selain dikenali sebagai lubuk durian.

Bentong, durian dan ECRL
Pautan : http://suaralensa.blogspot.com/2017/11/bentong-durian-dan-ecrl.html

Kejayaan-kejayaan pentadbiran BN seperti ECRL, HSR, DFTZ, dan banyak lagi inilah akan menjadi tanda ukur sokongan pengundi buat BN.

Sedia maklum BN adalah parti yang menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk rakyat dan negara.

Bukan seperti pembangkang yang cakap tak serupa bikin. Tuduh orang rasuah, alih-alih diri sendiri yang mengamalkannya. Kononnya pandai memerintah negeri, tengok-tengok masih pada takuk lama dan tidak maju. Tuduh negara kena gadai dengan China, negeri sendiri pun jalin diplomasi dengan China. Itupun selepas BN membuka jalan.

Banjir Pulau Pinang buka mata penyokong DAP
Pautan : http://suaralensa.blogspot.com/2017/11/banjir-pulau-pinang-buka-mata-penyokong.html

Teruknya DAP! Memang patut ditolak.
Pautan : http://suaralensa.blogspot.com/2017/07/teruknya-dap-memang-patut-ditolak.html


Sudah terang lagi bersuluh, BN adalah yang terbaik.

Paling penting, BN bukan seperti PH yang penuh dengan politik kebencian, perkaumanan, kroni, nepotisme dan diktator!

#ThumbsUp4MY - MCA semai perpaduan, bukan macam DAP
Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2017/08/thumbsup4my-mca-semai-perpaduan-bukan.html


No comments:

Post a Comment