Banjir yang berlaku di Pulau Pinang telah membuka mata penduduk tempatan tentang pentadbiran kerajaan negeri DAP di bawah kuasa anak diktator Lim Kit Siang, Lim Guan Eng.
Projek super mewah di lereng bukit menjadi kecaman penduduk tempatan. Kerakusan nafsu pentadbiran DAP menarah bukit untuk projek orang kaya terbukti. Ego dan angkuh pemimpin DAP memakan diri sendiri.
Keputusan ADUN DAP yang keluar parti setelah suaranya berhubung projek lereng bukit tidak dipedulikan adalah satu keputusan tepat dan bermaruah.
Masyarakat kembali meneliti tentang projek rakus lereng bukit dan kegiatan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran, kilang haram di Sungai Lembu yang menyebabkan kematian serta pencemaran alam sekitar.
Bertubi-tubi persoalan dihadapkan kepada Guan Eng selaku Ketua Menteri. Namun beliau hanya mampu melakonkan watak sedih dan memohon kerajaan persekutuan Barisan Nasional tampil menghulurkan bantuan.
Beberapa hari sebelum itu, Guan Eng dengan angkuh melabelkan pemimpin BN sebagai pencuri, gila dan lain-lain kata kejian.
Masyarakat melihat...
Berpusu-pusu sukarelawan termasuk parti-parti komponen Barisan Nasional datang ke Pulau Pinang memberikan bantuan atas misi kemanusiaan. Kehadiran mereka lebih awal, sejak Pulau Pinang dilanda banjir.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut bersama-sama penduduk Pulau Pinang yang ditimpa musibah. Kehadiran Perdana Menteri sedikit sebanyak mengubat hati penduduk yang sedang marah dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sementara individu yang sering menjadi mangsa fitnah, Rosmah Mansor turut mengumumkan agihan sebanyak RM110,000 kepada mangsa banjir.
Selain itu, kerajaan persekutuan turut bersetuju menambah peruntukkan bagi 13 projek bernilai RM1 bilion yang telah dikenalpasti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.
Tegas Najib, soal keselamatan dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional.
Dalam masa sama, Pulau Pinang turut menerima kehadiran pemimpin-pemimpin dalam kalangan parti komponen BN. Biarpun DAP adalah musuh ketat namun pemimpin MCA lebih berjiwa besar. Soal politik diketepikan, apa yang diutamakan adalah kebajikan terhadap masyarakat biarpun majoriti yang dibantu itu adalah kumpulan penentang.
Kumpulan yang pernah mengeji, meludah dan benci MCA.
Bagi mereka, pentadbiran DAP Pulau Pinang gagal membela rakyat sepenuhnya. Musibah yang berlaku menjadi ujian. Nampaknya DAP gagal melepasi ujian ini. Kerana pada akhirnya, BN juga yang menyelesaikan permasalahan mereka.
Ketua Menteri gagal memberikan pembangunan kepada rakyat. Apa yang Guan Eng dan DAP tahu ialah hanya menabur janji dan memanipulasikan isu di negeri berkenaan. Masih lagi menuduh dan menyalahkan kerajaan terdahulu (BN) berhubung isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan.
Rakyat sudah muak dengan permainan politik DAP. Pembangunan, banjir, kesesakan lalulintas dan alam sekitar adalah sebahagian isu yang gagal ditangani dengan baik oleh DAP.
Pulau Pinang sedia untuk dibina semula. Demi masa depan masyarakat setempat yang lebih baik berbanding pemimpin DAP yang rakus dan hanya mementingkan kepentingan peribadi.
No comments:
Post a Comment