AdSense

Monday, November 13, 2017

UMNO guna media sosial sebar fakta. Bukan macam pembangkang sebar fitnah!


Media sosial terus menjadi medium utama masyarakat Malaysia dalam mendapatkan bahan-bahan informasi. Tinggal lagi sama ada bahan yang diperolehi itu fakta ataupun fitnah.

Sukar sekali untuk kita mengesahkan sesuatu bahan itu sahih atau sebaliknya. Kadang kala bahan yang disebarkan itu 100 peratus nampak tulen. Namun setelah diteliti dan disemak, ia sebenarnya berita palsu dan fitnah.


Bersandarkan kepada itu, UMNO mengambil pendekatan menggunakan media sosial sebaik mungkin dalam usaha menangkis penyebaran fitnah yang dilakukan pihak tertentu khususnya parti lawan.

Memetik kenyataan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, kerajaan akan terus menggunakan media sosial untuk menyampaikan maklumat tepat berbanding perbincangan tertutup yang tidak menyeluruh.

Untuk makluman, pihak Penerangan UMNO misalnya sudah lama menjalankan program-program seperti dialog Perjuangan For All yang bergerak ke parlimen-parlimen. Selain itu diskusi Anda Tanya Kita Jawab juga diadakan setiap minggu. Kedua-dua program ini disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook.


Tambah Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, kaedah ini dipercayai berupaya menarik generasi muda untuk mengambil tahu situasi politik semasa, menangkis tanggapan negatif dan lebih menyeluruh.

Sementara capaian media sosial juga lebih menyeluruh bagi membawa mesej penambahbaikan dasar dan keperluan masyarakat.

Program 'Anda Tanya, Kita Jawab' Diskusi UMNO-Online di PWTC minggu lepas umpamanya, menampilkan gen Y yang terlibat dalam dunia seni.


Dira Abu Zahar, Vanida Imran, As'ad dan Anas juga tampil menjadi panelis. Rata-rata mereka membangkitkan kehendak dan keperluan penggiat seni tanahair.

Ia disiarkan secara langsung dan dapat ditonton oleh sesiapa saja. Banyak sekali persoalan yang bermain difikiran gen Y dan penggiat seni ini. Ia kemudiannya dijawap terus oleh Annuar bersandarkan kepada fakta dan realiti.

Ternyata, mesej-mesej berfakta dapat disebarkan dengan baik menerusi media sosial. Tidak hairanlah UMNO menjuarai ranking dalam penguasaan media sosial berbanding parti-parti lain mengikut kajian oleh Politweet.

KLIK SINI untuk baca artikel

Sebelum itu, pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog Perjuangan For All parlimen Shah Alam pada 7 November 2017, Annuar mengingatkan jentera parti supaya tidak berasa malu atau takut untuk menyebarkan fakta serta kejayaan UMNO dan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jentera parti perlu bersikap proaktif dan agresif. Jika cerita pencapaian PM tidak dihebahkan, UMNO akan tenggelam dalam perang persepsi dan gambaran palsu yang cuba dibina pembangkang.

Penulis akui, ramai yang malu dan takut untuk menyebarkan fakta dan kejayaan UMNO, BN dan kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Najib. Kebanyakkan merasakan 'malas bergaduh' atau menyebabkan putusnya tali persaudaraan akibat politik.

Namun, sedar tidak sedar, bukan kita yang memutuskan tali silaturahim dan sebagainya. Kita sekadar menyebar fakta. Sedar atau tidak, kumpulan pembangkanglah (termasuk ahli keluarga, rakan-rakan) yang memulakan politik perpecahan samada dalam group whatsapp dan juga semasa makan malam.

Ada saja cerita dibawa berbentuk persepsi dan fitnah. Bila kita hidangkan fakta dan kebenaran, mereka pula yang tarik muka. Ini tidak bermakna kita yang menyebabkan krisis dan pergaduhan.

Kita sekadar menyebarkan fakta. Terima atau tidak itu terpulang kepada mereka. Lambat laun, mereka akan kembali sedar bahawa fitnah tidak akan mampu menandingi fakta.

No comments:

Post a Comment