AdSense

Tuesday, December 26, 2017

Kenapa Pakatan tidak sokong Tun M?


Ketika Tun M dan konco-konco PPBM sibuk dengan dakwaan kononnya BNM kerugian RM160 bil antara 2013-2016 kerana urus niaga Forex, puak Pakatan lain hanya membisu.


Pakar ekonomi yang kadang kala digelar pakar fitnah, Rafizi Ramli dan Tony Pua tidak langsung bercakap tentang kerugian yang dibangkitkan Tun M dan PPBM itu.

Lim Kit Siang yang pernah  mendesak ditubuhkan RCI Forex yang berlaku awal 90-an melibatkan kerugian RM31.5 bilion dan pernah menulis buku tentang skandal itu, juga tidak menghiraukan dakwaan Tun M.

Mungkin mereka tidak mahu terperangkap dengan taktik murahan Tun M yang sengaja menimbulkan tuduhan itu untuk menutup mulut rakyat daripada bercakap Skandal Forex.

Tambah pula, RCI Forex mengesyorkan polis menyiasat kemungkinan berlaku pecah amanah melibatkan Tun M, Anwar Ibrahim dan beberapa pegawai tinggi BNM dan Jabatan Audit Negara.

Mungkin juga puak Pakatan lain sedar sepanjang 2013 hingga 2016, BNM mencatatkan keuntungan hasil urus niaga Forex RM5.5 bil, RM6.4 bil, RM7.8 bil dan RM6.5 bil, bukannya kerugian seperti didakwa Tun M.

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14

No comments:

Post a Comment